Knowledge is for sharing. Let it grows. The more you share, the more you learn and in the end you become a better person. InsyaAllah. How can I find happiness and peace in life? All this is by sharing or in concert with like minded people and if they are none find some and convert them into your line and share peace and happiness among them. I am a student of the universe, a seeker of knowledge, a lover of learning.
Friday, 2 December 2011
"Sesungguhnya seorang mukmin apabila berjumpa seorang mukmin, lalu dia memberi salam kepadanya serta berjabat tangan dengannya maka gugurlah dosa-dosa
"Daripada Abi Zar Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepadaku: Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun kecil, walaupun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu."*
Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Ahzab ayat 44 yang tafsirannya:
Ok, kita praktiskan sedikit ya seperti di bawah:
Tips :
**
1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah.
Bow at 90 degrees
2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam.
Clutch hand of the person you are greeting with both hands
3. Sengetkan kepala ke kanan sedikit untuk mendapat feel yang lebih.
Tilt head to slightly the right for maximum “feel”
4. Mulut cium tangan perlu dimuncung lebih kurang 1 inci.
Purse lips to kiss approx 1 inch
Boleh mulakan dari sekarang? Kalau tidak biasa, jadikan kebiasaan.Practice makes perfect.
Wa'alaikumussalam warrahmatullahi wabarakatuh. (Ke atas kamu juga selamat sejahtera bersama kasih sayang Allah serta berkatNya).
mulut kita berbau
1-Berus gigi setiap hari
2-Kumur dengan bahan penghilang kuman
3-Boleh mencuba dengan petua tradisional ini -(ruj:http://www.geocities.com/digitalhead2003/petua/5.htm)
Ambil 10 kuntum bunga cengkih dan 3 ulas bawang putih lalu ditumbuk lumat. Gosokan ia pada gigi dan berkumur hingga bersih. lakukan tiga kali sehari. Anda akan dapati, mulut anda berbau harum.
4- Minum air kosong yang dibacakan dengan Al-Fatihah setiap hari sekerap mungkin.
5-Sediakan selalu gula2 berpudina bagi mengurangkan bau mulut bila kita hendak memberi ucapan, atau menghadiri mesyuarat atau keraian.
Tidak lengkap sekiranya kita sempurna dari pemakaian, dan perawakan elok sekiranya nafas atau mulut kita berbau. Dan kadang-kadang bukan setakat mulut berbau, tetapi pernafasan juga berbau disebabkan resdung atau selsema.
Masih ingat dengan iklan gula2 getah di televisyen? Seorang jejaka hendak memlih pasangan hidup, dalam banyak2 gadis jelita, yang dipilihnya adalah gadis biasa tetapi mulut berbau segar dan bersih. :P
We have sent it down as an Arabic Qur'an, in order that ye may understand (Yusuf: 2).
why think
Pujian itu tak baik dan kritik itu baik untuk kita hmmmmm
Islam melarang kita memberi pujian yang melampau kepada manusia kerana bimbang akan timbulnya perasaan riak dan takbur. Bahayanya memberi pujian ada dinyatakan di dalam hadis Rasulullah saw yang bermaksud:
Diriwayatkan, Rasulullah SAW mendengar seorang lelaki memuji seorang lelaki lain, lantas Baginda SAW bersabda yang maksudnya:
Ini menunjukkan sekiranya kita mahu memberi pujian kepada seseorang, kita kena dahulukan dengan pujian kepada Allah. Kerana segala pujian itu, kita tujukan kepada Allah dan sesungguhnya segala kelebihan yang ada pada seseorang itu, diberi oleh Allah swt. Dengan itu, teman atau orang yang mendengar pujian itu akan sedar bahawa dia tidak memiliki apa-apa sekiranya tidak dikurniakan Allah dengan segala kebaikan atau kelebihan tersebut.“Malang kamu! Sesungguhnya kamu sudah memotong lehernya! Kemudian Baginda SAW menambah: “Sekiranya seseorang daripada kamu tidak dapat mengelak daripada memuji temannya maka hendaklah dia berkata, saya kira begini, jangan sekali-kali dia menyucikan seseorang mengatasi Allah.” (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim). *
Pujian yang diberi itu kadang-kadang membuatkan orang yang mendengarnya mempunyai dua keadaan. Samada senang dengan jawapan itu atau terkadang tidak tahu apa nak dijawab/serba salah.
Contoh selalu yang kita dengar:
"Awak ni cantiklah" .
Jawapan yang selalu kita dengar:
" Eh ye ke? " dan sebagainya.
Bagi mereka yang memang menanti untuk dipuji akan merasa gembira dan kegembiraan itu akan ditakuti membawa kepada dosa. Ianya mampu untuk menjadikan orang tersebut berbangga diri dan merasakan dirinya saja yang terbaik. Mafhum hadis rasulullah saw. :
"Sesungguhnya perkara yang paling aku takuti menimpa kamu ialah kagum kepada buah fikiran dan diri sendiri. Sesiapa yang mendakwa dia orang yang beriman, maka sebenarnya dia kafir. Dan sesiapa yang mendakwa dia orang yang berilmu, maka sebenarnya dia jahil. Dan sesiapa yang mendakwa dia ahli syurga, maka sebenarnya dia ahli neraka.” (Hadis riwayat Ibn Marduwaih)" *
Namun begitu, kita perlu membezakan antara memuji (ada udang sebalik batu) dengan memberikan pengiktirafan dan penghargaan. Memberikan pengiktirafan dan penghargaan digalakkan bertujuan memberi galakan, melebarkan silaturahim dan mengeratkan kasih sayang. *
Niat perlu dijaga sepanjang waktu. Contoh pujian atau penghargaan kepada isteri/suami dan anak-anak, teman-teman atau sesiapa sahaja.
Dan seeloknya kita mengucapkan ucapan tahniah sekiranya sesuatu kebaikan yang dia terima sebagai penghargaan.
Oleh itu, mulai sekarang mari kita sama-sama melakukan perubahan. Kita memberi pujian secara ikhlas kepada anak-anak kita, pasangan, teman-teman atau sesiapa saja dengan pujian terhadap Allah dahulu dan seterusnya memberikan penghargaan kepada mereka.
Cara beri pujian."MasyaAllah, cara awak menyampaikan ucapan tadi sangat berkesan, tahniah"
Dan sekiranya kita yang menerima pujian, teruskan lah memuji Alllah, kembalikan pujian itu kepada Allah, kerana kita tiada punya apa-apa kerana semua yang kita miliki adalah pinjaman daripada Allah jua.
Cara menjawab: "Alhamdulillah. Milik Allah jua. Saya cuma menyampaikan yang terbaik."
Oleh itu, sama-samalah kita menjaga lisan kita agar peribadi kita sentiasa dalam keadaan baik dan mendapat berkat Allah, walaupun perkara itu jarang kita perasan dan tidak pernah terfikir dengan perkara-perkara kecil, mungkin akan menjadi bonus untuk timbangan kita di Padang Mahsyar nanti, Ameen.
Saya akhiri dengan terjemahan ayat:
“Segala puji hanya untuk Allah, Pencipta dan Penguasa seluruh alam.” (Surah al-Fatihah, ayat 2)
Hingga jumpa lagi!.
Salam sayang, Muna.
19 Mei 2010.