Friday, 2 September 2011

dari teman




Assalamualaikum wbt... semoga Allah SWT mengampuni segala dosa kita, dosa kedua ibubapa, serta kaum muslimin dan muslimat seluruh alam ini, amin.

Ramadhan bakal melabuhkan tirai, sayu pilu dan hiba hati tidak tergambar akan susuk yang empunya badan. Bergenang air mata kala menitipkan email ini kerana diri ini tidak pasti, adakah amalan selama ini, diterima Allah SWT. Semoga Allah SWT memberikan ganjaran sewajarnya jika kita dikalangan yang amat sayu dan hiba dengan perginya Ramadhan setelah timbulnya Syawal. Ya Allah Ya Arhamar Rahimin.. Irhamna...kasihanilah kami, terimalah segala amalan kami... Ya Allah Ya Ghaffar... ampunilah dosa-dosa kami... Ya Arhamar Rahimin, dengan rahmatmu, masukkanlah kami ke dalam syurgaMu tanpa hisab dan kumpulkan kami bersama Rasul kekasihmu Ya Allah. Ya Allah... Engkau lindungilah kami dari kemurkaan dan azab api nerakaMu. Sememangnya kami tidak layak, namun dengan hati yang penuh tulus dan ikhlas kami memohon Ya Allah akan rahmatMu yang Maha Luas.

Dikesempatan ini, saya menyeru diri sendiri dan rakan sekalian, bermunajatlah pada Allah di malam ini, agar Allah menerima segala amalan kita, dan bermohon agar Allah SWT mengekalkan istiqamah dalam beramalan usai Ramadhan nanti. Semoga Allah SWT memberikan taufik dan hidayah buat kita akan terus beribadat, khusyuk dan tawaduk hanya buatNya, Amin. Banyakkan bertasbih di malam Raya.. mohonlah keampunan Allah, mohonlah maaf, dari keluarga terdekat, suami, ibubapa, saudara kandung, guru-guru, rakan-rakan dan semua muslimin muslimat yang kita kenali.

Saya ingin mengambil peluang ini, untuk memohon maaf dari sahabat sekalian atas segala kesilapan dan kekhilafan diri saya yang maha lemah dan hina ini. Sia-sialah segala amalan selama ini, jika masih ada terdetik di hati kalian rasa hati terhadap diri saya ini. Dengan rendah diri dan dengan tulus ikhlas, saya memohon maaf, terimalah kemaafan ini...sesungguhnya saya tidak sanggup bertemu kalian dalam keadaan masih berhutang apapun sama ada secara fizikal mahupun lahiriah. Jika ada sekelumitpun perasaan kecil hati dalam diri kalian terhadap saya, saya merayu agar dimaafkan, semoga Allah mengampunkan kita semua amin. Mohon halalkan jika masih berhutang kalau tak halalkan, mohon maklumkan agar dapat saya membayarnya selagi hayat dikandung badan.

Akhir kata, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir batin.

Taqabalallahu minna waminkum...

No comments: