Monday, 12 March 2012

pesan dari kak sai untuk hari jumaaat



Salam buat semua, semoga diberikan Allah SWT dengan kedamaian jiwa dan kelapangan hati, Amin.

Alhamdulillah, masih diberi nikmat menghirup udara segar di pagi yang mulia ini. Panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan bertekad dalam diri untuk terus beribadat hanya kepadaNya.

Sekadar mengingatkan diri sendiri dan sahabat semua, senarai amalan sunat yang seharusnya tidak diabaikan setiap hari Jumaat:
  • Mulakan hari anda dengan banyakkan berzikir pada Allah SWT, berselawat ke atas Nabi SAW, memohon keampunan dariNya, berdoa sepanjaang hari memohon kebaikan dunia dan akhirat
  • Hari Jumaat adalah hari yang mulia sehingga ada satu saat di hari ini, Allah SWT memakbulkan doa kita, berdoalah
  • Mandi dengan niat sunat mandi hari Jumaat
  • Bersihkan diri dengan memotong kuku dan mana-mana rambut yang perlu
  • Berikan sedikit sedekah di pagi hari Jumaat
  • Bacalah surah Al-Kahfi pada hari ini
  • Banyakkan solat sunat
  • Banyakkan kebajikan pada hari ini antaranya dengan menjaga tingkah laku, menjaga lidah dari berkata yang sia-sia, mencari ilmu dunia dan akhirat, senyum, memberi salam dan sebagainya
  • Jauhkan diri sebarang perbuatan maksiat
  • Jika berpeluang ke masjid, pergilah di awal waktu untuk mendapat fadhilat awal ke masjid dan lakukan kebajikan yang perlu jika mampu.
Salam penuh kasih sayang,
Kak Sai.

No comments: