Sunday, 28 November 2010

beberapa ayat dari surah al-Hujurat, ayat 6

http://muqabalah2009.blogspot.com/2010/05/telahan-unta-kafilah-apa-tidakan-kita.html



sekiranya kita amalkan perentah dan pesanan Allah dalam surah ini, kita akan selamat 10 kali ganda dari apa yang kita sedang berada sekarang ini. Banyak tenaga kita akan dapat kita gunakan untuk maju ke depan, bukan untuk bergeseran sesama sendiri. Sedangkan sekarang ini banyak tenaga bahkan fokus kitapun tertumpu untuk mengatasi permasalahan sesama sindiri. Alangkah malangnya nasib kita.


Dalam ayat 6 Allah menyebut yang lebih kurang maksudnya:

Wahai orang yang beriman sekiranya datang kepada kamu seorang fasiq dengan sesuatu berita, maka kamu telitikan dahulu, bagi mengelak dari kamu bertindak ke atas sesuatu kaum dengan secara jahil, maka nanti kamu akan menyesal atas apa yang telah kamu lakukan.



Dalam ayat 9-11 pula Allah memperingatkan kita:

Dan sekiranya dua kelompok dari orang Islam berperang, maka islahkan antara keduanya, Dan sekiranya melampaui salah satu kelompok atas yang satu lagi, maka perangilah kelompok yang melampaui itu sehingga ianya kembali mengikut perentah Allah, maka sekiranya ia kembali(mengikut perentah Allah), maka islahkanlah antara keduanya dengan adil , dan bertindaklah secara sewajarnya. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertindak secara sewajarnya.
Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, maka islahkan antara dua orang saudara kamu, dan bertaqwalah kepada Allah, mudah-mudahan kamu mendapar rahmat.
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah lelaki daripada sesuatu kaum (kelompok) merendah-rendahkan lelaki dari kelompok yang lain, mungkin sahaja mereka yang direndahkan itu lebih baik daripada mereka dan jangan perempuan (daripada sesuatu kelompok itu merendahkan) perempuan (daripada kelompok yang lain), mungkin sahaja mereka (perempuan yang direndahkan) itu lebih baik daripada mereka (pula). Jnaganlah kamu mencela antara kamu dan jangan melabelkan antara kamu dengan gelaran-gelaran (buruk yang tertentu), seburuk-buruk nama ialah kefasiqan sesudah keimanan. Dan sesiapa yang tiada bertaubat (daripada sikap dan perbuatan sebegini), maka mereka adalah golongan orang-orang yang zalim.
Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangka-buruk (sesama Islam), sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu (perbuatan) dosa. Dan janganlah mengintai-intai (keaiban dan rahsia orang lain), dan janganlah kamu mengumpat sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lain. Adakah terdapat salah seorang kamu yang suka memakan daging saudaranya yang sudah menjadi mayat?. Maka tentunya kamu membencinya. Dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Penyayang.

Begitulah yang diajar oleh Allah dan Rasul-Nya kepada kita. Kita utamakan usaha perdamaian sesama sendiri walaupun selepas berlakunya 'peperangan' dan pencabulan. Kita masih mengaku saudara terhadap golongan yang 'menyerang' kita secara melampaui batasan, kita harapkan mereka kembali kepada ketetapan-ketepan yang ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya.

No comments: