Sunday, 28 November 2010

Surah al-Mu'minun ayat 1 hingga 11



Sifat-sifat Orang Yang Berjaya

قل رسول الله صلى الله عليه وسلم أن فى الجنة لغرفا يرى ظهورها من بطونها وبطونها من ظهورهاو قالوا لمن هى؟ قال لمن اطاب الكلام واطعم الطعام وادام الصيام وصلى باليل والناس نيام -- اخرجه ابن ابى شيبة والترمذى

Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya di dalam syurga terdapat ruang yang dapat dilihat luarannya dari dalamnya, dan dalamannya daripada luarnya " .Para sahabat bertanya :"Bagi siapakah ruang tersebut?". Rasulullah bersabda: "Bagi orang yang memperelukkan tuturkata, yang memberi (orang lain)makanan, yang sentiasa berpuasa dan yang bersembahyang malam ketika manusia lainnya tidur"

Perkataan (dalam arabnya) yang Rasululullah tuturkan itu bersajak, indah untuk didengar dan padat dengan maknanya. Rasulullah menyebut antara akhlaq penghuni ruang yang begitu bercahaya di dalam syurga ialah golongan yang menjaga tuturkata, tidak menggunakan perkataan kesat, lucah dan kasar. Tidak menyakiti hati orang yang mendengar dan mampu meninggalkan kesan baik yang berpanjangan. Tuturkatanya adalah pancaran keadaan hatinya yang murni, sebagai nasihat yang tulus ,menggunakan bahasa yang sopan. Tidak memburukkan orang lain, tidak berbohong, tidak mentohmahkan orang lain dan tidak bertutur secara sia-sia. Begitu jugalah sepatutnya dijaga kalam penulisan. Kita diperentah oleh Rasulullah untuk hidup beradab.

Antara lainya pula ialah keprihatinan terhadap orang lain, terutama terhadap mereka yang memerlukan. Diberikan mereka makanan untuk mengatasi kelaparan mereka, menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka memperolihi pendapatan yang akan menyara kehidupan mereka, menjalankan kegiatan pertanian dan perusahaan makanan untuk menampung permintaan makanan masyarakat.

Antara lainnya ialah mereka yang berusaha mengekang kemahuan nafsu sendiri. Mereka berpuasa dari kelazatan makan dan minum serta rontonan syahwat, mereka mengelak daripada pendapatan yang haram dan amalan pembaziran. Mereka pilih untuk berlapar ketika mereka mampu menikmati kekenyangan. Kita sememangnya tahu orang yang sentiasa berpuasa akan menikmati kesihatan yang lebih baik, tenaga yang lebih kuat dan peningkatan pada keupayaan
diri.

Antara lainnya ialah mereka yang berusaha untuk bermunajat kepada Allah. Manusia yang menghargai masa untuk berhubung dengan Allah melebihi dari masa yang digunakan untuk berhubung sesama makhluk. Perhatian khusus untuk berkhalwat di dalam kesepian malam bersama Tuhan dijadikan bekalan untuk menggauli makhluk Tuhan selayaknya pada siang harinya.. Kelazatan bersamaa Tuhan melebihi keseronokan mengauli makhluk dan daripada mendapat keuntungan dunia. Kepenatan hidup dunia direhatkan melalui ketenangan bersama Tuhan.

Allah menyebut di awal Surah al-Mu'minun:
"Telah berjayalah orang yang mukmin, iaitu -(1) orang yang di dalam sembahyang mereka khusyu', -(2)dan mereka yang daripada kelalaian menjauhi diri, -(3)dan mereka pada kewajiban berzakat menunaikan. -(4)dan mereka yang pada alat kelamin mereka dijagai, kecuali terhadap isteri mereka dan hamba perempuan mereka- pada yang demikian itu mereka tidak tercela, sesiapa yang mengingini yang selebih daripada itu; maka mereka lah golongan yang melampaui. -(5)dan mereka daripada amanah dan janji mereka dijagai. -(6)dan mereka yang di atas sembahyang mereka sangat diperhati. Mereka adalah pewaris, iaitu yang akan mewarisi syurga Firdaus, yang di dalamnya mereka akan kekal"

Semoga kita ditarik Allah dengan Rahmat-Nya ke dalam golongan orang yang berjaya, yang layak menduduki mahligai yang bercahaya di Akhirat kelak. Amin

No comments: