Salam Sejahtera buat semua Sahabat2 ,
Minggu ini adalah episod baru dalam hidup saya.
Setelah 2 minggu saya tinggal ber3 dgn 2 orang anak dan meminjam kereta sepupu. Minggu lepas jatuh Hari Raya Aidil Adha.
Pertama
kali beraya dengan keluarga sendiri kerana kebiasaannya balik ke pantai
timur kerana sambutannya lebih meriah dan mesti patuh pada arahan dan
kehendak suami.
Adik
pada sepupu meminjam kereta dan dah plan selama 2 bulan sebelum ini.
Saya akur dan pinjam pula kereta adik lukman pada hujung minggu untuk
beraya di Bandar Baru Nilai dan Melaka.
Hari isnin tiada kereta maka hantar hannan naik teksi tapi balik jalan kaki bersama wawa.
Perjalanan
setengah jam menjadi hampir 2, 3 jam sebab singgah lunch then buat
report polis.
Komputer ada 2 tapi satu mouse, jadi terpaksa tunggu hingga laporan
lelaki sebelah selesai dan ambil masa setengah jam. Wawa keletihan
hingga tertidur. Lebih sejam juga dibalai polis dan selesai laporan kena
tunggu hingga polis membuat panggilan ke mahkamah.Orang yang buat
report selepas saya dah selesai dan balik. Lalu saya meminta izin polis
untuk pulang jugak dan polis bagi izin.
Berjalan
kaki di Malaysia di waktu tengahari dan petang yang panas, sudah tentu
berbeza dengan berjalan kaki pulang dari sekolah Bowerham primary school
di lancaster UK yang hanya mengambil masa kurang 15 minit di waktu pagi
dan petang
yang sejuk dan dingin. Ia meningkatkan rasa kesyukuran dan nikmat
senang lagi disana yang tidak saya terasa bila berada di UK.
Hari
ini dan semalam, again tak ada kereta. Saya menghantar Najwa Sofiyyah
naik LRT dan memilih untuk berjalan kaki balik ke rumah juga mengambil
masa setengah jam pulang ke rumah dari sekolah Dato Keramat 2 di pasar
keramat dan pulang ke rumah. Perjalanan di waktu pagi lebih aman dan
udara yang nyaman. Apatah lagi melalui tasik keramat tempat saya
berjogging 3 round mengelilingi tasik dalam masa kurang 7 minit tapi
berpeluh dan sesak , semput nafas dibuatnya,
Di
hadapan tasik ada sebuah sekolah agama, sewaktu lalu pasti mendengar
bacaan Quran dari seorg qari remaja yang saya agak dari timur tengah.
Sungguh merdu suara dan menyentuh perasaan dan teringatkan Lancaster
tempat saya mengaji bersama sahabat, kawan, adik2. Lantas saya memilih
tempat berteduh yang disediakan dan berlabuh punggung duduk diatas
bangku yang ada dan menitiskan airmata menghayati bait2 ayat2 Quran yang
dibacakan. Surah surah yang dibaca dari juzuk 30 dan ini mengingatkan
kembali nostalgia menghafal juzuk 30 dan 29 di surau Lancaster dan
berguru bersama ustazah hafizah Hanan.
Cukup
waktu loceng berdering, uztaz pula baca surah Al Fatihah dan mengajak
murid murid berzikir. Saya turut serta berzikir. Selepas itu membaca doa
yang agak panjang sebelum murid murid memulakan kelas dan saya
mengangkat kaki untuk pulamg, habis setelah mengaminkan doa yang dibaca.
Saya kembali berzikir sambil jalan kaki dan bersyukur diberi kesihatan
dan boleh berjalan. Semoga saya sihat dan boleh melakukan amal ibadat
pada Allah sehingga ajal menjemput saya pulang untuk bertemu Ilahi. Saya
amati kereta kereta yang berderet sepanjang jalan jelatek menunggu jam
untuk pergi kerja. Saya salah seorang dari mereka 20 tahun yang lampau
sehingga enam tahun yang lampau apabila saya pergi ke UK
untuk melanjutkan pelajaran, Begitulah kehidupan dulu saya di sana, di
seberang jalan tapi kini saya disini berjalan kaki dibawah pepohon yang
redup melintasi petronas dan kondominium mewah. Dua wanita arab bertemu
dan saya melintasi mereka, pakaian mereka menunjukkan mereka orang
berada dan mewah, wajah mereka mengingatkan saya sekali lagi pada
uztazah Hanan. Hakikat sebenar saya amat merindui beliau, ajaran ngaji
beliau dan ajaran pelajaran penting disebalik ayat Quran yang
diterjemahkan. Saya banyak dapat pengetahuan baru dan menarik yang saya
akan ingat dan kenang selagi jiwa saya hidup dan antara ajaran2 beliau
ialah untuk mengharap dan meminta pertolongan hanya pada Allah. ya Allah
dan menyerah 100% pada Allah. saya percaya Allah beri saya kehidupan
yang terbaik
Petikan kata2 ustaz Pahrol " Jangan dipinta hidup yang mudah tapi pintalah Hati yang tabah menghadapi Kehidupan. "
Terima kasih Allah atas kehidupan ini. Syukur Allah dan Alhamdulillah.
Sekian, semoga semua dirahmati Allah di hari Jumaat yang mulia ini. Jom baca surah Al Kahfi......
No comments:
Post a Comment