Nak tahu masa depan kita lihat adakah kita bekerja dengan fokus kepada
hasil atau hanya aktiviti. Kebanyakan orang hanya nampak sibuk, buat
sibuk untuk justify gaji yang dibayar. Akhirnya dalam hidup mereka apa
yg dapat amat sedikit dan mereka mula merasa iri hati pada orang lain,
semakin negatif fikiran dan hati semakin negatif hasil kehidupan dan
ini jadi kitaran ganas yang memakan mereka dan keluarga.
Jadilah kita manusia yang bermanafaat dan tanya apa manafaat saya boleh
beri pada orang sekeliling dan organisasi kita. kerja akan dilakukan
lambat jika terlalu banyak masa. Orang berkesan mula dari hasil yang
dinginkan dalam waktu yang ada dan work backwards. Bukan buat kerja
sambil lewa dan menunggu habis waktu pejabat. Pengalaman sehingga ini
sesiapa yang go the extra mile memang bahagia hidup dan mereka yang jadi
passesnger akan sentiasa susah dan bermasaalah. Tahap pelajaran tiada
kaitan dengan hasil kehidupan tetapi sikap menetukan hasil kehidupan
Jangan ada alasan sibuk etc. Orang yang kata takde masa sebenarnya tidak
ada keutamaan dalam hidup. Fokus keutamaan hidup kepada mencari redha
Allah dan mengasihi Rasulullah dan berdoa mendapat syufaat.
KADAR ILMU BERKADAR SONGSANG DENGAN MASALAH KITA
TAMBAH ILMU
No comments:
Post a Comment