Thursday 13 December 2012

niat kerana Allah



penting niat ni,,,,,



contoh


Di luar solat, mari kita sering ucapkan…
“ya Allah perkuatkan jiwaku dan berikan aku petunjuk agar apa yang sedang aku lakukan hanya untukMu ya Allah. Semata-mata untukMu ya Allah. Aku ingin menjadi hambaMu yang dipercayaiMu. Segalanya untukMu.”
Semoga niat kita berada kembali atas jalan yang lurus…. Hanya untuk Allah SWT. Jika untuk yang lain pun, ia adalah kerana Allah SWT.


selanjutnya




Untuk majikan kerana Allah. Allah mentakdirkan rezeki kita disalurkan melalui majikan. Kita bekerja kerana Allah.
Mari, dalam tenang dan diam seketika dari kerja yang sedang kita lakukan, kita mohon pada Allah…. aku ingin jadi hambaMu yang dipercayaiMu dengan melakukan kerja ini semata-mata keranaMu ya Allah. Semata-mata hanya untukMu ya Allah.


Allahumma, la ilaha illa anta. Subhanaka, inni kuntu minazzhalimin
“ya Allah, tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau. Sungguh aku ini termasuk orang-orang yang zalim”.
Ketika kita ditimpa musibah atau dalam keadaan diuji, kita diajarkan untuk membaca apa yang dibaca oleh Nabi Yunus a.h.. Lalu kita pun melafazkannya.
Membacanya berulang-ulang kali. Ternyata masih ramai yang terus berasa gelisah. Ada pun mungkin reda tetapi sekadar sementara.
Seharusnya kita memahami apa yang dimaksudkan di dalam doa ini.
Kita nyatakan pada Allah bahawa “ya Allah, sungguh benar ya Allah aku ini termasuk orang yang zalim”. Siapakah orang yang kita zalimi?
Orang yang kita zalimi itu adalah sebenarnya DIRI KITA SENDIRI. Sungguh ketika aku gelisah resah sempit terhimpit, aku sebenarnya yang menzalimi diriku sendiri. Aku adalah orang yang zalim.

No comments: