Kenangan Abah
a story about some one who did SPAQ 3 in memory ...........
abah telah melalui perperiksaan 4 mata pelajaran dalam program Sijil Pengajian Al-Quran (SPAQ)-(1)Bahasa Arab III (2)Al-Quran dan Pembinaan Masyarakat (3)Tajwid dan Tilawah Al-Quran III, dan (4)Ayat Ahkam I.
Alhamdulillah, rasa-rasa boleh lepas juga kali ini. Walaupun sangat mencabar. Namun ada 3 modul lagi-Modul 4, Modul 5 dan Modul Talaqqi. Kira-kira boleh tamat dalam bulan Julai 2010. Insya Allah.
Universiti Malaya (UM) memang banyak kenangan. Buat masa ini, abah ceritakan yang enak-enak dulu. Nantilah bila dah agak berani sikit, bolehlah abah ceritakan kategori yang satu lagi tu! Yang enak-enak ini semuanya berlaku di Akademi Pengajian Islam (APIUM).
Lihatlah pencapaian abah di APIUM.
Julai 1996-Sijil Pengajian Syariah Modul 1
Januari 1997-Sijil Pengajian Awam Modul 2 Syariah
Julai 1997-Sijil Pengajian Awam Modul 3 Syariah
September 2004-Diploma Pengajian Syariah (Lulus Dengan Kepujian)
Disember 2007-Sijil Perancangan Kewangan Islam
Sijil yang terakhir itu telah disponsor oleh "seseorang yang telah memecah rekod pencapaian cemerlang MCE abah." Dan ada beberapa Sijil lagi yang diperolehi di beberapa institusi yang berlainan. Bila tiba masa dan ketikanya abah akan catatkan.
Alhamdulillah, rasa-rasa boleh lepas juga kali ini. Walaupun sangat mencabar. Namun ada 3 modul lagi-Modul 4, Modul 5 dan Modul Talaqqi. Kira-kira boleh tamat dalam bulan Julai 2010. Insya Allah.
Universiti Malaya (UM) memang banyak kenangan. Buat masa ini, abah ceritakan yang enak-enak dulu. Nantilah bila dah agak berani sikit, bolehlah abah ceritakan kategori yang satu lagi tu! Yang enak-enak ini semuanya berlaku di Akademi Pengajian Islam (APIUM).
Lihatlah pencapaian abah di APIUM.
Julai 1996-Sijil Pengajian Syariah Modul 1
Januari 1997-Sijil Pengajian Awam Modul 2 Syariah
Julai 1997-Sijil Pengajian Awam Modul 3 Syariah
September 2004-Diploma Pengajian Syariah (Lulus Dengan Kepujian)
Disember 2007-Sijil Perancangan Kewangan Islam
Sijil yang terakhir itu telah disponsor oleh "seseorang yang telah memecah rekod pencapaian cemerlang MCE abah." Dan ada beberapa Sijil lagi yang diperolehi di beberapa institusi yang berlainan. Bila tiba masa dan ketikanya abah akan catatkan.
- 7. Definisi Ulum al-Quran
- a. Ulum = ilmu-ilmu.
- b. Ulum al-Quran.
- i. Dari Aspek Bahasa. Bermaksud ilmu-ilmu yang berkaitan dengan al-Quran.
- ii. Dari Aspek Istilah. Ulum al-Quran adalah suatu ilmu yang membahaskan tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan al-Quran. Seperti: ayat mula dan ayat akhir diturunkan, ayat-ayat Makkiyyah dan Madaniyyah, sebab-sebab penurunan ayat, penurunan al-Quran, kemukjizatan al-Quran, perumpamaan al-Quran, kisah-kisah al-Quran, dan tafsir dan perkembangannya.
- 8. Sejarah Penulisan Ulum al-Quran
- a. Peringkat pertama – zaman Nabi. Tidak berkembang. Antara sebabnya adalah:
- i. Al-Quran masih diturunkan secara beransur-ansur. Maka perbincangan ilmu ini belum dapat dilakukan.
- ii. Fokus perbincangan adalah kepada kandungan al-Quran yang diperjelaskan oleh baginda Rasulullah saw.
- b. Peringkat kedua – abad kedua hijrah. Penulisan berdasarkan topik pilihan. Para ulama hanya membincangkan beberapa tajuk pilihan mengenai ilmu-ilmu al-Quran yang begitu luas skop perbincangannya. Contoh karya:
- i. Nasikh dan Mansukh. (al-Sudusi)
- ii. Gharib al-Quran. (al-Sajistani)
- iii. Majaz al-Quran. (al-Muthanah)
- iv. Ijaz al-Quran. (al-Rummani)
- v. Irab al-Quran.(al-Nuhhas)
- c. Peringkat ketiga – abad kelima hijrah. Penulisan lengkap. Contoh karya:
- i. Ulum al-Quran. (al-Zarkasyi)
- ii. Jamal al-Qurra. (al-Sakhawi)
- iii. Al-Burhan fi Ulum al-Quran. (al-Sayuti)
- iv. Al-Tahbir fi Ulum al-Tafsir. (al-Suyuti)
- v. Al-Itqan fi Ulum al-Quran. (al-Suyuti)
1 Al-Quran - Ulum al-Quran
- 1. Definisi al-Quran.
- a. Pelbagai Istilah berkaitan dengan al-Quran.
- i. Murakkab (yang bergabung) dan Mufrad (yang satu).
- ii. Am dan Khas.
- iii. Mutlaq (lafadz yang telah menunjuk pada makna/pengertian tertentu tanpa dibatasi oleh lafadz lainnya) dan Muqayyad (lafadz yang menunjuk pada makna tertentu dengan batasan kata tertentu).
- b. Dari Aspek Bahasa. Bermaksud bacaan atau yang dibaca.
- c. Dari Aspek Istilah. Al-Quran adalah kalam Allah yang bermukjizat, diturunkan kepada Nabi Muhammad saw menerusi Malaikat Jibril as bermula dengan surah al-Fatihah dan diakhiri dengan surah al-Nas, tertulis di dalam mushaf, dipindahkan secara mutawatir dan membacanya diberi pahala ibadah.
- d. Huraian Pergertian.
- i. Kalam Allah. Iaitu tidak termasuk kalam manusia, jin dan malaikat.
- ii. Diturunkan. Iaitu tidak termasuk Kalam Allah yang tidak diturunkan yang amat banyak di sisi-Nya.
- iii. Kepada Nabi Muhammad saw. Iaitu tidak termasuk Kalam Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi sebelumnya, seperti Taurat, Injil dan Zabur.
- iv. Membacanya diberi pahala ibadah. Iaitu membaca satu huruf diberikan sepuluh kebajikan.
- 2. Nama-nama Al-Quran
- a. Al-Kitab (tertulis atau termaktub). Al-Anbiya (21):10: “Sesungguhnya telah Kami turunkan kepada kamu sebuah kitab yang di dalamnya terdapat sebab-sebab kemuliaan bagimu.”
- b. Al-Furqan (pembeza). Al-Furqan (25):1: “Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqaan (Al Qur'an) kepada hamba-Nya,”
- c. Al-Zikr (peringatan). Al-Hijr (15):9: “Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al-Zikr (Al Qur'an), dan sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya.”
- d. Al-Tanzil (diturunkan). Al-Syuara (26):192: “Dan sesungguhnya Al Qur'an ini benar-benar diturunkan oleh Tuhan semesta alam,”
- e. Al-Wahy. Al-Anbiya (21):45: “Katakanlah (hai Muhammad): ""Sesungguhnya aku hanya memberi peringatan kepada kamu sekalian dengan wahyu dan tiadalah orang-orang yang tuli mendengar seruan, apabila mereka diberi peringatan”
- f. Al-Ruh. As-Syura (42):52: “Dan demikianlah Kami wahyukan kepadamu wahyu (Al Qur'an) dengan perintah Kami...”
- 3. Sifat-sifat al-Quran
- a. Nur (cahaya). An-Nisa (4):174: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, (Muhammad dengan mukjizatnya) dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang benderang (Al Qur'an).”
- b. Mawizah (pemberi pengajaran). Yunus (10):57: “Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu ...”
- c. Mubarak (yang diberkati). Al-Anaam (6):92: “Dan ini (Al Qur'an) adalah kitab yang telah Kami turunkan yang diberkahi;...”
- d. Mubin (yang menerangkan). Al-maidah (5):15: “...Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan.”
- e. Busyra (berita gembira). Al-Baqarah (2):97: “...membenarkan apa (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjadi petunjuk serta berita gembira bagi orang-orang yang beriman.”
- f. Aziz (yang mulia). Fussilat (41):41: “Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari Al Qur'an ketika Al Qur'an itu datang kepada mereka, (mereka itu pasti akan celaka), dan sesungguhnya Al Qur'an itu adalah kitab yang mulia.”
- 4. Kelebihan al-Quran berbanding Kitab-Kitab Samawi yang lain
- a. Kemuliaan dan ganjaran pahala kepada orang yang membacanya. Hadis: “Sebaik-baik kamu ialah orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya.”
- b. Al-Quran memberi syafaat di akhirat kepada orang-orang yang membacanya. Hadis: “Hendaklah kamu membaca al-Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat untuk memberi syafaat kepada pembacanya dan pengamalnya.”
- c. Syariat al-Quran berkekalan hingga ke hari kiamat. Al-Quran mengemukakan kaedah hukum-hakam yang bersifat universal. Tidak berubah dengan perubahan masa. Atau berlainan tempat yang meliputi seluruh umat manusia. Hujah yang kuat dan menyakinkan tentang kebenaran agama Islam.
- d. Al-Quran memberi petunjuk sepanjang masa. Petunjuk al-Quran tiada tempoh luput. Allah menurunkan al-Quran sebagai pedoman hidup manusia di dunia dan akhirat.
- 5. Hubungan al-Quran dengan Kitab-Kitan Samawi yang lain
- a. Al-Quran sebagai penjaga kepada kitab-kitab sebelumnya. Al-Maidah (5):48: “Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Qur'an dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya)...”
- b. Al-Quran sebagai penentu kepada perkara-perkara yang menjadi perselisihan umat. Al-Nahl (16):64: “Dan Kami tidak menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur'an) ini, melainkan agar kamu dapat menjelaskan kepada mereka apa yang mereka perselisihkan itu...”
- c. Al-Quran menghapuskan syariat kitab-kitab terdahulu. Kerana syariat yang dibawa kitab suci sebelum Nabi Muhammad bersifat terbatas kepada lokaliti dan bangsa tertentu sahaja. Sedangkan syariat yang dibawa al-Quran adalah universal dan sesuai untuk semua umat.
- 6. Adap-adap berinteraksi dengan al-Quran
- a. Mengikuti al-Quran dan mengamalkan ajarannya. Al-Anaam (6):155: “Dan Al Qur'an itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat,”
- b. Menjadikan al-Quran sebagai pemimpin. Sesiapa yang menjadikan al-Quran pemimpinnya, maka ia akan membimbingnya ke syurga. Dan sesiapa yang membelakangkan al-Quran maka ia akan terjerumus ke lembah kesesatan.
- c. Menghayati akhlak al-Quran. Aishah berkata: “Sesungguhnya akhlak baginda Nabi saw adalah al-Quran.”
No comments:
Post a Comment