i like this
Membina kejayaan daripada kegagalan, Zulkifli bercadang membina pusat latihan Hand Made Production Centre bagi membantu membentuk usahawan baru.
Pusat tersebut yang akan dibina di Selangor dengan bantuan dan sokongan agensi kerajaan dan swasta menyasarkan siswazah menganggur, ibu tunggal dan pesara bagi sebagai satu cara menambah pendapatan.
Kursus insentif selama sebulan meliputi enam modul iaitu robotik, automasi, baiki dan ubahsuai telefon, baiki peralatan rumah, ternakan dan pembuatan mesin.
"Mereka yang tamat kursus dan berjaya akan dilantik sebagai vendor untuk mengeluarkan mesin-mesin yang diperlukan oleh pelanggan.
Zulkifli Haron cipta motor terbang
Saban tahun pasti ada saja rekaan terbarunya yang menggemparkan. Siapa yang tidak kenal dengan McGyver Malaysia ini yang banyak membantu orang kurang upaya (OKU), pengusaha industri kecil dan sederhana (IKS), warga emas dan banyak lagi.
Bermula dengan kereta parkir sendiri, rumah pintar, kuasa solar, ternak ikan laut di tengah bandar, kini ikon reka cipta yang telah lebih 20 tahun berkecimpung dalam dunia kreativiti dan inovasi, Zulkifli Haron bakal muncul dengan rekaan hebat yang menggemparkan masyarakat.
Apa yang bakal dihasilkan mungkin tidak pernah difikirkan oleh sesiapa atau mungkin ada yang mengatakan kerja gila.
Jika dulu beliau bermula dengan rekaan kereta berjalan tanpa pemandu dan kenderaan boleh parkir sendiri yang dikatakan idea gila suatu masa dulu.
Tetapi kini, idea dan ciptaan Zulkifli mula dilihat pada kereta-kereta import dan mewah.
Sehinggakan kedainya di Rawang, Selangor penuh dengan kuih muih menjelang Hari Raya Aidilfitri sebagai tanda terima kasih atas bantuannya memudahkan pengeluaran kuih tradisional.
Biarpun penuh dengan cabaran, galakan dan cemuhan, idea Zulkifli terus berputik dan berbunga dengan rekaan yang lebih sukar diterima akal.
"Kali ini saya sedang dalam usaha mencipta satu kenderaan iaitu motor terbang atau nama komersialnya Motobunn.
''Walaupun Motobunn yang masih dalam peringkat kajian satu protaip berjaya dihasilkan," katanya semasa ditemui di pejabatnya di Rawang, Selangor.
Zulkifli berkata, idea mencipta Motobunn timbul ekoran beliau mahukan sesuatu yang baru dalam rekaannya.
"Jadi saya inginkan sesuatu yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa tetapi boleh dilakukan," tegas beliau.
Zulkifli berkata, sebagai pereka yang dikenali ramai beliau sentiasa mencari sesuatu yang baru untuk diketengahkan.
Motobunn yang direka bukan tujuan untuk pengangkutan tetapi lebih kepada tujuan keselamatan dan menyelamat semasa berlakunya bencana.
"Kenderaan ini boleh digunakan semasa banjir, kebakaran di atas bangunan, runtuhan bangunan, kapal terbang atau helikopter terhempas di kawasan sempit dan kerja menyelamat serta pemantauan di kawasan kecil.
"Penggunaan Motobunn amat berguna bagi pemantauan di kawasan kecil kerana tidak memerlukan kawasan pendaratan yang besar seperti helikopter," katanya.
Buat masa ini, bagi tujuan kajian, Motobunn menggunakan tenaga elektrik dan pada masa hadapan menggunakan bateri titanium ion yang lebih ringan dan berkuasa.
Motobunn menggunakan konsep graviti sama seperti payung terjun tetapi mempunyai dua buah motor enjin berkelajuan tinggi.
Buat masa ini beliau telah berjaya menghasilkan Motobunn dengan berat 30 kilogram (kg) dengan daya tujahan sehingga 120 kg.
"Saya akan cuba mengurangkan berat motor sehingga 25 kg bagi membolehkan pengguna membawa muatan ringan seperti kamera atau alatan penyelamat.
"Motobunn dibina untuk membawa penumpang dengan berat purata rakyat Malaysia iaitu 45 hingga 55 kg bagi tujuan bantuan menyelamat seperti memberikan tali kepada mangsa," katanya.
Walaupun masih dalam pembinaan, Zulkifli amat memerlukan komen orang ramai mengenai Motobunn yang sedang dibangunkan.
"Saya amat memerlukan maklum balas dan kritikan orang ramai bagi memperbaiki rekaan-rekaan saya," katanya yang tidak lokek ilmu.
Operasi Zull Design mendapat dana daripada pelbagai agensi selain menggunakan 40 peratus hasil perniagaan untuk meluaskan lagi ciptaannya.
Malah beberapa tahun lalu rekaan Zulkifli pernah mendapat perhatian di peringkat antarabangsa seperti Kanada, Emeriyah Arab Bersatu (UAE), Singapura, Brunei, Thailand, Jepun, Korea dan Taiwan.
Zulkifli berkata, pengusaha dari negara berkenaan datang untuk berbincang bagi menyelesaikan pelbagai masalah.
"Usahawan luar negara berminat dengan rekaan saya kerana dengan rekaan yang sama saya hanya menggunakan kos yang amat rendah," katanya,
Beliau yang banyak menggunakan teori kejuruteraan berbalik (reverse engineering) iaitu mengambil sesuatu rekaan dan mengubah suai untuk keperluan semasa.
"Misalnya mesin basuh sekarang direka oleh Jepun dan negara Barat tidak mementingkan kitaran air semasa basuhan.
"Dengan sedikit perubahan, kita boleh menghasilkan mesin basuh yang menjadikan basuhan lebih suci dan halal.
"Dan mesin basuh ini boleh dipatenkan dan dijadikan projek nasional dan jika berjaya mempunyai pasaran yang besar seluruh dunia," katanya.
Ditanya adakah bidang kreativiti dan inovasi yang didakwa sukar oleh sesetengah pihak, Zulkifli berkata, masalah timbul apabila mereka berguru dengan orang yang salah - guru yang tidak kreatif.
"Mereka memerlukan guru yang penuh dengan idea dan kreativiti bagi membantu menyuburkan lagi idea.
"Menerusi pengalaman lebih 20 tahun dengan segala kesilapan, kejatuhan, pahit maung dalam kreativiti saya amat berharap dapat membantu generasi muda," katanya.
Berdasarkan ramuan yang berjaya, Zulkifli merasakan wajib menyampaikan ilmu yang ada kepada generasi muda.
Beliau berharap mereka tidak mengulangi kesilapan sama yang pernah dilakukan sebelum ini.
Membina kejayaan daripada kegagalan, Zulkifli bercadang membina pusat latihan Hand Made Production Centre bagi membantu membentuk usahawan baru.
Pusat tersebut yang akan dibina di Selangor dengan bantuan dan sokongan agensi kerajaan dan swasta menyasarkan siswazah menganggur, ibu tunggal dan pesara bagi sebagai satu cara menambah pendapatan.
Kursus insentif selama sebulan meliputi enam modul iaitu robotik, automasi, baiki dan ubahsuai telefon, baiki peralatan rumah, ternakan dan pembuatan mesin.
"Mereka yang tamat kursus dan berjaya akan dilantik sebagai vendor untuk mengeluarkan mesin-mesin yang diperlukan oleh pelanggan.
"Pada masa yang sama, saya boleh meneruskan kerja-kerja R&D bagi membina lebih banyak peralatan bagi membantu masyarakat," katanya.
Sehingga kini beliau telah melahirkan beberapa usahawan muda termasuk pengusaha kuih tradisional, penternak ikan, usahawan kedai membaiki peralatan elektrik dan automasi.
"Setelah 20 tahun menceburkan diri dalam bidang kreativiti dan inovasi, saya ingin melihat lebih ramai lagi Zulkifli Haron dalam masyarakat," katanya.
Sesiapa yang berhasrat memberikan komen, kritikan atau maklum balas mengenai rekaan Zulkifli boleh menghantarnya ke mail@zulldesign.com.my
Mereka juga boleh mendapatkan maklumat mengenai Zull Design di laman web www.zulldesign.com.my
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0813&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_01.htm#ixzz3DuawwyvX
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment