Tuesday, 18 January 2011

[2:214]bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu




ataukah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan)seperti yang dialami oleh orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa kemelaratan, penderitaan dan digoncang (dgn pelbagai cubaan) sehingga rasul dan org-org beriman bersamanya berkata, ' bilakah datangnya pertolongan Allah? ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat.' [2:214]




===

from


ukhtiku sayang, aku merasai bebanan hatimu.
namun, aku jauh. dan kerana itu, hatiku bertambah gusar
aku mahu memelukmu semahuku.
mahu sama2 menangis dalam sujud2 kita
memohon pertolongan Allah yg dijanjikan
aku tahu, bukanlah sifatmu meminta2 pertolongan segera
tetapi sayangku, izinkanlah kami turut merasa susah hatimu
ajarilah kami erti kesusahan tatkala kami dalam selesa
benarkanlah kami meraih ganjaran Allah
benarkanlah kami menjadi penolong agama Allah
benarkanlah kami menjadi sebahagian muttaqeen
sambutlah huluran tangan ini..
bukan kerana engkau, sesungguhnya bukan niat kami,
kerana setiap rezeki kami akan dihitung dan dipersoal ke mana belanjanya
dan izinkanlah kami beramal kerana Allah..



from

http://aznahmad.blogspot.com/

No comments: