Dikatakan, manusia dicipta bersama percikan zat Allah. Itulah yang disebut sebagai hati nurani. Hati nurani tidak akan salah dalam membuat keputusan kerana ia secara fitrahnya terarah kepada Allah SWT. Soalnya, hati nurani ini jarang bekerja. Ia terbiar begitu sahaja akibat nafsu manusia yang sentiasa mementingkan diri sendiri, ternoda dengan perhiasan dunia dan menjauhi sifat semulajadi mereka.
Tidakkah kita berasa pelik dengan sikap dan keadaan kita sekarang? Kita dijadikan hasil percikan zat Allah. Kemudian para malaikat bersujud kepada kita kecuali sang iblis. Kemudian kita diberi ilmu pengetahuan dengan Allah mengajar pelbagai nama-nama yang langsung tidak diketahui oleh para malaikat.
Alih-alih kita lebih selesa mengikut telunjuk sang iblis daripada menunaikan arahan dan perintah Allah SWT.
source
No comments:
Post a Comment