Sunday, 29 March 2009

Motivasi Tak Perlukan Sebab

“Jika anda melakukan sesuatu dengan niat semata-mata untuk mengharap ganjaran PAHALA dan keredhaan Allah Anda akan mendapat kelima-lima bentuk motivasi tersebut.”


Kelima-lima bentuk motivasi tu adalah:

1. Alam semulajadi sebagai motivasi.

2. Cinta sebagai motivasi

3. Keseronokan sebagai motivasi

4. Kisah orang lain sebagai motivasi

5. Duit sebagai motivasi.


Itulah kelima-lima bentuk motivasi, iaitu sesuatu yang membuat kita berubah jadi rajin berusaha.

tapi..............................

Jangan sampai mengejar-ngejar motivasi alam, sehingga kita menjadikannya tempat bermohon.
–> menjadikannya sebagai Keramat, menjadikannya tempat sembahan, menjampi berkaitan dengan kekuasaan alam.

Motivasi oleh cinta, harap-harapnya kecintaan kita tidaklah beralih arah iaitu untuk mencintai-Nya. Kecintaan itu akan terjelma apabila kita telah mengenali sesuatu yang ingin kita cintai. Tetapi ramai juga yang tidak berusaha untuk mengenali-Nya menyebabkan agak sukar menjelmakan kecintaan pada-Nya.

Keseronokan boleh meningkatan motivasi tetapi kadang-kala apabila terlebih, menyebabkan kita leka dan alpa. Bukan sahaja keseronokan mengejar dunia tetapi juga mengejar-ngejar akan-Nya, boleh menyebabkan kita leka dan alpa terhadap tanggungjawab sebenar kita di dunia ini.

Kisah orang lain boleh meningkatkan motivasi diri, tetapi bilamana tidak dipandu, boleh juga menyebabkan hasad dengki terjelma. Akibatnya akan terbitlah umpatan dan lain-lain yang negatif sifatnya.

Duit? emm… tak perlulah saya teruskan kerana semua kita memahaminya. Memang kita memerlukannya.

No comments: