(My Life journey found this article at http://helwa-lancs.blogspot.com/2009/05/bersyukur-dengan-apa-yang-anda-miliki.html)
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Yang Maha Penyayang,
Salam dan semoga diberi kesihatan yang baik& limpahan nikmat Allah SWT di mana jua berada.
Izinkan saya kongsikan apa yang saya baca semalam. Bukunya bukanlah berkenaan agama, ibadah dan sebagainya namun ianya buku rutin harian bagi mereka yang bergelar pelajar. 'Qualitative Research' begitulah lebih kurang tajuknya. Bukan ingin berkongsi apakah itu kajian kualitatif tetapi saya ingin berkongsi satu cerita terhasil dari kajian menggunakan teknik ini. Izinkan saya kekalkan ceritanya dalam bahasa asalnya, Bahasa Inggeris. Begini bunyinya dan tajuk ceritanya adalah 'Through the eyes of a child':
I know of a small boy eight years old who sat alone on a park bench five or six hours every day for almost a week. He alternately played with the pigeons, watched the passing people, made patterns in the air with his feet and legs, or looked blankly into space. On the fourth day of this visit to this bench, a friend of mine asked this boy why he sat there every day. He replied that his mother brought him there in the mornings telling him to wait there while she looked for a job and a place for them to stay. There is no place else for him to go. When asked what he did all day he simply said that he watched and he waited. He watched the pigeons and the people. He made a game of guessing where each had to go. He said that mostly he just waited for his mother to come at the end of the day so they could wait together until the night shelter opened (Boxill, 1990:1)
MasyaAllah, Laquwataillabillah. Terdapat banyak lagi kisah-kisah seumpamanya, namun berapa banyakkah yang memberi kesedaran kepada kita bahawa betapa bertuahnya kita dikurniakan pelbagai macam kenikmatan. Allahu akbar hatta diberikan nikmat pernafasan tanpa bersusah payah mendapatkannya. Berapa banyak harta yang kita gunakan untuk kepentingan diri sendiri dan keluarga, dan berapa banyak harta kita habiskan untuk golongan yang sangat memerlukannya. Nikmat yang kita miliki adalah atas Rahmat dan Belas Allah SWT kepada kita, tetapi berapa banyak yang kita kongsikan rahmat dan belas ini dengan mereka yang amat memerlukan.
Saya petik satu hadis Nabi SAW dari Abu Hurairah r.a., baginda bersabda yang lebih kurang bunyinya:
"Bahawasanya siapa yang tiada perangai belas kasihan, nescaya tiada Tuhan kasihan akan dia".
Auzubillah. 'Ya Allah jadilah kami golongan yang memiliki sifat rahmah dan belas kepada manusia'. Amin. Saya menyeru diri saya dan sahabat sekelian, untuk bersyukur atas nikmat yang Allah SWT berikan kepada kita yang tidak terbilang jumlah dan tak terbalas oleh khudrat kita. Bersyukur dengan cara menurut perintahnya, meninggalkan perkara yang dilarang. Lebihkan jumlah bersedekah dan amalan baik buat mereka yang kurang berkeupayaan mental mahupun fizikal, harta mahupun rohani.
Yang baik itu datang dari Allah SWT dan yang buruk itu juga dariNya atas kelemahan dan kesilapan saya yang hina ini. Semoga Allah mengampunkan saya dan saya mohon maaf dari sahabat semua. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.
Salam penuh kasih sayang,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment