bagaimana hendak membina HATI EMAS!
source
===== sedutan dari blog KRTS ==
Membina Hati Emas
Marilah kita membina hati emas!
Biar tersemat di hati.
Inilah inisiatif kualiti yang kita cari
Biar sukar tidak terperi…..
Di UiTM Johor kita ajak solat berjemaah, kita ajak berpuasa Isnin dan Khamis, kita berdoa dan bertawakal tetapi latihan staf kita utamakan.
Daripada penyarah kepada pentadbir, daripada profesor madya kepada pemandu, hatta pengawal keselamatan yang berdiri tercagak di pintu masuk, yang tidak pernah berkursus diajar bagaimana hendak membina HATI EMAS!
Kenapa? Bukankah Tan Sri sering ungkapkan:
- Kehidupan fizikal walau disalut emas sekalipun, tidak bererti jika hati dan minda kita tidak emas
- Pernah pada satu ketika Tan Sri berkata…. bertaubatlah! Bertaubatlah!
====
Lalu inisiatif kualiti Membina Hati Emas, adalah iniasitif untuk menjaga warga UiTM Johor, bagi mempertingkatkan intergriti, tidak rasuah, ikhlas bekerja dan sayangkan UiTM berdasarkan pendekatan holistik.
Empat konsep utama yang kami terapkan sepanjang masa, dalam setiap kegiatan samada akademik atau bukan akademik ialah, Konsep Khalifah, Konsep bersyukur, Allah Mengetahui Semua Hal dan Manusia Pasti Mati!
Bagaimana mungkin seseorang yang tidak tahu bersyukur dengan nikmat yang Allah bagi, tidak takut dan gentar kepada Allah mahu membina hati emas.
Misalnya, kami katakan kepada Ustaz-Ustaz kami, Allah bagi nikmat ilmu kepada Ustaz – Nikmat mana lagi yang Allah bagi yang hendak Ustaz dustakan. Marilah bersama kita menjadi model kepada siswa-siswi dengan memenuhi saf pertama di Masjid UiTM….
Kami katakan kepada Profesor Madya, pensyarah kanan…. ya Allah Allah bagi nikmat kewangan di UiTM, nikmat mana lagi yang hendak kamu dustakan.. bersyukurlah kepada Allah, marilah kita solat berjemaah dan tunjukkan contoh kepada siswa-siswi kita. Tidak bolehkan kita bantu Naib Canselor, UiTM untuk menjadi universiti penyelidikan, universiti bertaraf dunia?
Kami katakan kepada warga UiTM Johor, Kami tidak akan meminta kamu untuk berdisiplin, Kami tidak akan meminta kamu untuk bekerja keras, Kami tidak akan meminta kamu untuk tidak rasuah, kami tidak akan meminta kamu untuk tidak curi tulang tetapi ingatlah ayat 243 Surah Al-Baqarah:
Tiadakah engkau perhatikan orang-orang yang keluar dari rumahnya, beribu-ribu banyaknya, kerana takut mati, lalu Allah mengatakan kepada mereka: “Matilah” Kemudian mereka itu dihidupkan Allah kembali, sesungguhnya Allah itu Pemurah terhadap manusia, tetapi kebanyakan manusia tidak berterima kasih.
Kami amalkan di UiTM Johor dengan jelas dan nyata kepada mereka yang berurusan dengan pengambilan kakitangan, misalnya sebelum proses temuduga kami nyatakan:
“Pemilihan berdasarkan peraturan dan bukannya atas sifat kenalan atau saudara-mara. Jika tuan-tuan memilih mereka yang tidak layak berbanding yang lain, tuan-tuan berdosa dan tuan-tuan akan dihitung. Ingat kita adalah khalifah!”.
Sesuatu yang ajaib berlaku……….
more to read on this topic here
Wednesday, 2 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment