السلام عليكم
ٍٍSalah satu ciri untuk membentuk manusia ialah sifat garang..bukan baran. Bapa yang garang boleh menggunakan sifat itu untuk membentuk anak2..sebaliknya sifat baran akan memberi kesan negatif kepada fizikal dan psikologi…
Adapun kekeliruan yang berlaku sekarang ialah apa bezanya/salahnya menggunakan sifat -sifat ini untuk membentuk anak-anak…dan bila masanya…
=====
from here i gather this ...
kali ni nak bercerita tentang senjata iblis yang pertama iaitu PANAS BARAN. Maaf sebab kali ni tak menulis dalam bahasa Inggeris sebab susah nak translate semua. Panjang sangat. Kandungan artikel kali ini diambil daripada buku bertajuk '40 senjata iblis beserta bala tenteranya' tulisan Abu Ahmad Yasin. Bersama-sama kita berkongsi ilmu lagi :) Moga ilmu yang dikongsi bersama dapat dimanfaatkan dalam kehidupan kita dan juga dapat memperingati diri saya sendiri dan juga rakan-rakan..
Senjata syaitan yang pertama ada di dalam diri kita ialah marah atau panas baran. Marah merupakan salah satu sifat dan warisan iblis laknatullah sejak penentangannya terhadap penciptaan Adam a.s. Sejak keenggangannya sujud kepada Adam a.s, sejak itu pula api marah mula membara dan menjadi cara hidup iblis serta bala tenteranya.
Makna Panas Baran
Sebenarnya seseorang itu tidak akan kekal menyintai atau menyukai sesuatu dan membenci sesuatu. Justeru itu dia tidak terlepas dari perasaan meradang dan panas baran. Selama mana sesuatu perkara itu bersesuaian dengannya atau menyalahinya, maka tidak boleh tidak, sudah tentu dia menyukai apa yang bersesuaian dengannya dan membenci apa yang menyalahinya, yang mana akan disusulinya dengan sifat marah. Sesungguhnya seseorang itu apabila diambil apa yang disukainya, sudah tentu dia akan marah dan apabila ditujukan kepadanya apa yang dibencinya. sudah pasti juga dia akan marah. Maka apa-apa yang disukai oleh seseorang itu terbahagi kepada tiga bahagian:
1. Apa yang penting kepada seseorang secara amnya, seperti makanan, tempat tinggal, pakaian dan kesihatan. Jadi sesiapa yang dipukul badannya, tidak boleh tidak, pasti dia akan marah. Begitu juga apabila diambil pakaian yang menutup auratnya, sudah pasti dia akan marah.
2. Apa yang kurang penting bagi seseorang seperti kemegahan, harta yang banyak dan binatang ternakan. Semua yang tersebut ini adalah disukai menurut kesukaan.
3. Hal yang mustahak pada sebahagian orang,tetapi tidak pada sebahagian orang yang lain, seperti buku pada orang yang berilmu kerana dia memerlukan buku itu lalu dia menyukainya. Maka sudah tentu dia akan marah kepada orang yang membakar buku itu, misalnya.
Adapun bahagian yang pertama, maka latihan yang dilakukan untuk menghilangkan sifat marah tidaklah bererti untuk menghapuskan kemarahan sama sekali, tetapi untuk dia tidak mengikuti nafsu marahnya melainkan pada batas-batas yang dianjurkan oleh agama dan dipandang baik oleh akal. Jadi untuk mengalihkan kemarahan dari hati itu, mungkin tidak akan terjadi kerana ia bukan kehendak tabiatnya, tetapi hanyalah untuk mengurangi sifat marahnya sahaja.
Untuk bahagian yang kedua pula, kemarahan mungkin dapat dihilangkan melalui latihan, kerana kesukaannya terhadap sesuatu (seperti harta yang banyak) dapat dibuang apabila dia dapat memahami bahawa kehidupan di dunia ini hanyalah sementara sahaja dan kehidupan di akhirat jua yang kekal abadi. Jadi, dengan cara ini dia akan mencari harta di dunia ini mengikut kadar keperluan yang mencukupi sahaja.
Sementara untuk bahagian yang ketiga, samalah keadaannya dengan yang pertama, kerana apa yang menjadi satu dharuri atau kepentingan kepada seseorang, tidak dapat menghalangnya dari bersifat marah, lantaran orang lain tidak memerlukan kepentingan yang diambil daripadanya itu. Jadi latihan yang dilakukan, dapat melemah dan mengurangkan kemarahannya sehingga dia tidak merasa terlalu pedih di atas kehilangan sesuatu daripadanya dan dia dapat bersabar menerima apa yang telah berlaku.
Bersambung.....
from here
i gather this...
garang fierce
berdoalah
----
credit to: Kemunculan Dajjal dan Yakjuj Majuj oleh Maulana Muhammad Ali
"Ya Allah ya Tuhanku sesungguhnya aku sungguh malu dengan masa silam ku. Ampunkanlah dosa-dosa ku, masa silamku yang hitam dan keburukanku semuanya yang datang daripada diriku. Maka aku memohon kepada-Mu ya Allah berikanlah aku nur dan hidayah-Mu kepada aku insan-Mu yang kerdil ini. Kau selamatkanlah ibu bapaku, keluargaku, sahabat-sahabatku, seluruh umat Islam dan juga diriku daripada fitnah dajjal, daripada titik-titik noda kehidupan dan terangilah hati kami supaya dapat kembali kepada-Mu ya Allah. Daripada Engkau kami datang dan kepada-Mu kami kembali. Kami tidak rela apabila tiba masanya di dahi kami tertulis perkataan 'Kafir'.Nauzubillah..Sesungguhnya kami tidak layak ke syurga-Mu namun kami juga tidak sanggup ke neraka-Mu. Aku mohon kepada-Mu ya Allah jadikan lah aku sebahagian daripada tentera-mu yang akan memerangi Dajjal laknatullah.Amin ya rabbal alamin..."
Thursday, 10 December 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment