Thursday, 10 December 2009

saya baru tahu dialog ini...

ya Allah... banyak yang saya tak tau...

kau berikanlah aku ilmu dan kekuatan mencari ilmu, ya Allah.

amin

amin

amin

=====



Dialog Iblis dengan Nabi Isa A.S


source


Dalam satu hadith riwayat Ibnu Abbas dikisahkan,pada suatu saat syaitan berjumpa Nabi Isa AS di pintu Baitul Maqdis, lalu Nabi Isa berkata, "hai iblis laknatullah,beritahu saya apa yang kamu perbuat terhadap umat Nabi Musa?"


"Mereka akan ku sesatkan dari agama Yahudi yang benar," jawab iblis.
"Kemudian apa yang kamu lakukan terhadap umatku?" tanya Nabi Isa.
"Akan aku perintahkan mereka agar menjadikan kamu sebagai tuhan," jawab iblis.
"Terhadap umat Muhammad, apa yang kamu lakukan?" tanya Nabi Isa.
Iblis menjawab, "kemungkinan sangat sukar sekali bagi saya untuk menyesatkan mereka dari akidah yang benar. Tetapi, akan kubuat mereka amat mencinta wang dan emas(harta benda) sampai mereka lebih mencintainya daripada kalimat 'Lailahaillallah'."

Dari kisah di atas dapat kita petik pelajaran, bahawa iblis adalah penipu. Apakah benar dia akan menggoda umat Muhammad agar mencintai wang dan emas sahaja?Tentu tidak, kerana dia bermaksud hanya menampakkan satu perangkap dan menyembunyikan hal-hal lain yang akan membawa manusia masuk ke perangkap itu.

Dan kini kita dapat melihat bagaimana keadaan dunia kita sekarang.dan memang perkara-perkara itu sudah terjadi.jadi bersegeralah kamu semua sedar akan tipu daya syaitan ini.cuma satu nasihat daripada saya kepada diri sendiri dan juga rakan-rakan supaya menyedari hakiki sebenar yang terjadi kini.wassalam..

No comments: