Monday 7 June 2010

Astargfirullah. “Ya Allah aku mohon keampunanMu”

i like this doa

from source

http://muhdkamil.org/blog/2010/06/03/hukum-kuasa/


Hipo a/k Hj krit says:
June 4, 2010 at 12:13 am
Salam sejahtera,
Mudah-mudahan Allah memberi kerahmatan kepada kita semua. Nota ringkas tuan telah saya baca.

Benar, hipokrit merupakan salah satu penyakit hati yang kronik. Hipokrit kepada diri sendiri sangat membahaya. Saling nasihat-menasihati itulah yang dituntut oleh Islam.

Salah satu tanda orang bersifat hipokrit yang sukar disembunyikan ialah solat berjemaah. Mereka boleh solat di waktu-waktu yang lain tetapi agar sukar untuk solat waktu isya dan subuh.

Malah bagi sesetengah pandangan, hipokrit ini boleh membawa kepada syirik.

Salah satu cara untuk menghapuskan penyakit hati ialah dengan mengingati soal kematian. Doa yang paling mudah ialah dengan menyebut Astargfirullah. “Ya Allah aku mohon keampunanMu”. Bacalah sebelum kita melakukan apa sahaja hatta menulis komen di blog.

Marilah kita berdoa, “Ya Allah ampunilah dosa-dosa kami, dosa-dosa kepada rakan sejawat, dosa-dosa kepada ketua jabatan kami, dosa-dosa yang tidak kami ketahui. Lembutkanlah hati kami supaya kami sentiasa bersangka baik, tidak berniat jahat dan pancarkanlah cahaya kasih-sayangMu kepada kami”

No comments: