Wednesday, 30 June 2010

KHAS UNTUK WARGA HELWA--harus baca sampai habis!! jangan putus asa :)


KHAS UNTUK WARGA HELWA--harus baca sampai habis!! jangan putus asa :)



===

ni catatan adik junior yang baru graduates dan akan kembali ke tanah air...



=====


KHAS UNTUK WARGA HELWA--harus baca sampai habis!! jangan putus asa :)

Saya mulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim....semoga redha Allah mengiringi setiap inci kehidupan kita.


2007/2008

Haha. Hehe. Hoho. Saya tersengih-sengih bila terkenang balik fasa-fasa terawal kitorang sebelum fly sampai la dah jejak kaki kat UK, dan akhirnya bermastautin di Lancaster yang permai ni aka a cute British town. Teringat-ingat balik rasa cuak nak tau result A Level yang bakal jadi penanda aras---- uni mana sudi terima kitorang. Nampaknya, Allah dah takdirkan, Lancaster will be the best place for us to remain survive for the next three years finishing our first degree.

Tak banyak mana pun rasanya info yang kitorang dapat pasal Lancaster, dan Malaysian undergraduates pun tak ramai. Agak terkontang-kanting jugak masa kitorg baru sampai UK, siap sempat lagi join Fresher's Camp orang Manchester ;P.....bantai je la labu~~~anyway, terasa-rasa lagi rasa sejuk yang mencengkam sehingga ke tulang hitam tu. Punya la sejuk, dah pakai 3/4 lapis pun still rasa macam berjihad nak keluar jalan-jalan kat Manchester. Bila angin tiup je, masing-masing stop kat tepi jalan untuk menggigil bersama-sama. Tak sanggup nak jalan meredah angin yang kuat tu!! Rasa macam nak terbang. Maklumla masa tu badan masing-masing ringan lagi. Kan korang kan??

Well, it's our first year in uni. Dapat kenal orang baru, suasana baru, sistem baru dan segalanya yang baru. Antara yang sadis dalam memori saya ialah first time kena buka puasa sorang-sorang kat rumah sewa (since Ida Faezah duduk hall). Oh masa tu makan nasi dgn serunding daging yang mak saya bagi plus salad, makan dalam pinggan kaler biru. Duduk sorang-sorang dalam bilik. Memang haru.

Sudah sebulan berpuasa, raya pun menjelma ye sidang pembaca sekalian. First day raya was on Friday, Ida sorang ada tutorial Accounting at 10am. Hmmmm raya di perantauan agak menarik, as long as u got good companies :)) Hari first ni, Kak Sai buat open house. Best (3x). Hari kedua raya----kitorang lost sikit. Tak tau nak buat apa. Bangun pun lambat, maklumla bujang lagi. (sekarang pun masih bujang, tapi dah improve sikit hahaaa). Thanks to the seniors yg ajak kitorg beraya kat rumah. Takla seharian hati ni dok meraung-raung nak balik Malaysia beraya rumah pakcik makcik.

The rest of the year was ok I guess. Kena belajar 3 subjek je pun. Final exam: 2 subjek saja!!!! Yiiiiiihaaaaa Alhamdulillah~~~~~

2008/2009

Dulu berdua. Sekarang bertiga. (ni apply untuk Ida Faezah). Dulu saya selalu sangat menyibuk kat hall diorang, sekarang diorang kena jadi teman serumah saya. Best kan serumah dgn kite, best kan kan kan?? Kitorang pilih untuk menetap di 108 Prospect Street, Lancaster LA1 3BH.

Sebab first year kitorang ni lepak sangat, jadi uni balas dendam dengan bagi kitorang bedebukkkk!!! final exam terus kena jawab 8 paper. Sila habiskan dalam masa sebulan ye. Wah wah wah.....memang ini yang terbaik untuk kitorang>>>Kami terima dengan redha. Sesi 2008/2009 juga menyaksikan pelancaran buat julung-julung kalinya blog rumah kami,

http://faezahhairi.wordpress.com/

Saya ambil sempena nama saudari Faezah, supaya lebih bersemangat untuk mengasah bakat sastera dalam diri beliau. Agak berkesan nampaknya. Oh ye, blog ni masih bernafas, cuma mungkin agak sesak sedikit, sebagaimana pesakit asthma berusaha meraih oksigen demi kelangsungan hidup.


2009/2010

Our final year!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Saat terbang dari Malaysia ke UK selepas cuti musim panas berakhir, jujurnya saya dah rasa sedih. Sedih, sebab ni InsyaAllah will be my last flight to UK from Malaysia. (awalnya saya prepare minda). Tinggal setahun je lagi, dan segala memori lalu datang bertubi-tubi mengasak jiwa raga. Oh pedihnya~~~~segalanya terlalu pantas, sepantas kapal terbang Emirates yang deras meredah awan biru.

Tahun ni juniors dah ramai. Satu perkembangan yang bagus. Mesti korang rindu kitorang yang bising ni. Mesti punya la.

Sekarang ni saya tengah sibuk nak pilih gambar mana yang nak print. Menatap balik semua gambar dalam koleksi, membuatkan saya tersenyum manis, termenung, tergelak tergolek-golek, malu sendiri, sayu, atau dahi terpaksa berkerut, cuba mengingat kembali bila masa saya ada gambar tersebut. Dari zaman-zaman comot, sekarang dah better la kot. Hahahahaha. Saya takde bakul dalam bilik, maka tak boleh nak tuduh saya masuk bakul angkat sendiri. Tapi kalau main flying fox, saya boleh je IA tarik diri sendiri nak naik puncak tu sebelum turun.

What will I remember the most about UK:

1) Lancaster city and its Malaysian students. Abang2, kakak2, rakan sebaya dan adik2 yang best. Lancaster makes me gain weight, hence credits to all the lovely foods I eat here. Masih segar dalam ingatan saya kali pertama bersua muka mengatur bicara dengan Kak Yana (jumpa kat library, then Kak Yana ajak pegi usrah Helwa), Kak Rina (jumpa kat rumah dia tgh masak2 untuk jamuan raya rasanya. Macam naik kereta Kak Sai.Ye ke?), Kak Sai (jumpa kat usrah rasanya), Kak Linda (jumpa kat Alex square, borak2 jap kat depan LUVU), Kak Ija (jumpa kat town, saya excited bebenor jalan laju-laju nak pegi tegur), Kak Weeda (jumpa kat surau), Kak Aini (jumpa kat surau), Kak Chah (jumpa kat surau jugak, masa proses pembersihan). Ni antara yang saya ingat la. Ramai yang dah balik for good, ramai jugak yang baru datang memeriahkan lagi Lancaster.

2) The English weather.



fantastic spring

wonderful winter

hotty summer

awesome autumn

3) British slang and words: love, cheers etc. Kalau rasa nak exercise mulut ngan lidah, boleh la praktis cakap British. Setengah jam seminggu, mungkin? Teringat jugak masa kat Glasgow, I understand nothing!!! Driver taxi ni cakap apa? Tolong!!!

4) Rakan-rakan serata UK

5) Kauthar, Sakeena, Kak Faiza, and not to be forgotten Kak Asyif. Insan-insan yang paling kerap datang melawat rumah ni, and thanks for all the support and knowledge we share together all this while. Let's pray for all of us....:)))))) Lepas ni semua InsyaAllah dah kena mulakan hidup baru, apart from Kauthar. All the best to u! Another 2 years to go~~

Dari zaman menggigil bagai nak gila, sekarang dah agak kebal la dgn cuaca sejuk. Dari zaman muda remaja, sekarang dah masuk fasa dewasa kot. Have to admit that. Dari zaman zero bab memasak, Faezah dah boleh bukak bisnes tiramisu. Dari zaman tengah excited nak melancong, sekarang dah pencen. Sendi dah longgar. Dari zaman saya bergaduh dengan Faezah sambil Ida jadi pelerai, sekarang masih juga begitu. Tapi kadang-kadang Ida masuk jugak team saya. Apapun, semoga peningkatan amal juga kematangan dan kerasionalan dalam berfikir itu seiring dengan pertambahan usia yang semakin menghampiri kematian.

6) Haaaa tertinggal pulak!! terpaksa edit balik nak tambah. Saya pasti akan teringat jugak kanak-kanak anak postgrads yang macam2 kerenah tu.....saya nak print gambar diorg, pastu bila diorg dah besar nanti saya nak tgk balik gambar yg dalam simpanan saya.


FINALLY.................KEPADA WARGA HELWA SEKALIAN MERANGKAP AKAK-AKAK YANG KAMI SAYANGGGGGGG SANGAT-SANGAT, DENGAN INI KAMI MENJEMPUT AKAK-AKAK HADIR KE TERATAK KAMI SEMPENA USRAH HELWA HARI SABTU INI (3 JULAI 2010). TAHUN DEPAN DAH TAK BOLEH DATANG DAH RUMAH NI, ORANG LAIN DAH DUDUK.

Sebab tu la saya tulis note ni, bagi intro sikit sebelum menjemput. Ok la kan, takdela panjang sangat pun kan? Tapi jemputan formal bakal dilakukan oleh AJK PUBLISITI HELWA kan? Ini sekadar warm up promotion sahaja. Harapnya datang beramai-ramai ye!!

SALAM SAYANG,
lubna yusof, mewakili housemates :)


==========


adik adik ku kalian ku ucapkan terima kasih.


dan blog mu penuh berilmu untuk di renungi tajam tajam


http://faezahhairi.wordpress.com/page/3/

No comments: