source
Terbaca suatu hadis nabi yang diriwayat dari Ahmad,Muslim dan Abi hurairah r.a .
"Janganlah seorang lelaki yang beriman benci pada seorang wanita yang beriman, kerana jika ada pada wanita perangai yang dia benci, tentu ada pula perangai yang dia suka".
Bukankah kita semua maklum bahawa wanita sifatnya penuh cinta berahi. Hidupnya mendambakan cinta. Sebab itu kita banyak melihat dan membaca kisah bagaimana wanita mudah terpedaya dan jadi rosak akibat cinta.
Mudah diperdaya sampai boleh lari bersama kekasihnya hingga ke Lombok. Mudah menyerah sampai termengandung. Itulah bahana cinta.
Wanita menjadi rosak dan curang pun kerana cinta. Tapi harus diingat bahawa sesiapa lelaki yang dicintai oleh seorang wanita itulah yang boleh menjadikan wanita itu baik dengan syarat lelaki itu tahu cara mencintai wanita itu secara umum dan secara khusus. Bagi setiap kebaikan dan kejahatan wanita , lelakilah yang memainkan peranannya..
Tapi ingatlah bahawa semua sifat wanita yang dianggap buruk itu kepada anda bukanlah melambangkan sifat wanita itu keseluruhannya. Masih ada kebaikan pada wanita itu. Mungkin ia jadi begitu kerana layanan anda terhadapnya.
Cara dia melayani anda sebenarnya bergantung bagaimana cara anda melayaninya. Maka layanilah dia dengan baik agar dia baik pula terhadap anda.
Bila dikaji dan diteliti bentuk kejahatan wanita hanya beberapa kajahatan saja pada dasarnya tidak boleh dimaaf dan diampun iaitu kufur,derhaka dan curang.. Ini memberi anda signal untuk berpisah darinya. Yang lain-lain itu sebenarnya masih subjektif kepada peranan anda ketika bersamanya.
Betulke kalau kesimpulannya lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik.
source
Developing a mind mapping practice
4 weeks ago
2 comments:
Sangat setuju ngan artikel nie.
betul lelaki yg baik utk wanita yang baik, juga sebaliknya.
Sgt betul. Berckp berdasarkan pengalaman sendiri.
Allah telah memberikan yang terbaik, dan pada yang terbaik itu ada adil untuk semua.
Kita tahu bagaimana hati kita diperbuat. Baik akhlak kita, orang yang baik jugalah akan menghargainya setaraf cinta.
Post a Comment