Friday, 1 October 2010

Kehidupan selepas Kematian olh prof kamil

Prolog: Kehidupan selepas Kematian



source

http://muhdkamil.org/blog/2010/09/29/prolog-kehidupan-selepas-kematian/

http://muhdkamil.org/blog/2010/09/29/prolog-kehidupan-selepas-kematian/




Pilihan akhir, kita memilih syurga!

Buku ini ditulis bagi mereka yang mempercayai adanya syurga dan neraka. Syurga, tempat tinggal yang kekal abadi. Ia tempat yang mahu dituju. Neraka pula tempat yang mahu dielakkan. Namun ada yang kekal selamanya di sana. Ada yang singgah sekejap dan dipindahkan ke syurga. Ada yang singgah lama, juga akhirnya berpindah ke syurga.

Istilah sekejap dan lama di neraka sebenarnya tidak tepat. Soal sebenar, tidak siapa yang berminat untuk dicampakkan ke neraka. Seminit di neraka mungkin sama lamanya berpuluh-puluh tahun di dunia. Maksudnya, ia bukan satu pilihan. Setiap manusia yang berakal hanya akan memilih syurga sebagai tempat tinggalnya setelah tamat kehidupan di dunia.

Pilihan akhir, kita memilih syurga!

Saya mahu ke situ. Saya mahu mengajak isteri, anak-anak, kaum keluarga, sahabat handai dan kaum muslimin-muslimat untuk ke sana. Malah saya mahu rakan-rakan baik saya yang bukan beragama Islam mengucap dua kalimah syahadah dan berpeluang ke sana.

Jika niat mengajak itu sebagai satu dakwah, maka buku ini adalah usaha-usaha berdakwah kepada diri sendiri, mereka yang hampir dan mereka yang berlapang dada untuk memikirkan kehidupan selepas kematian.

Dan berdakwah itu merupakan satu kewajipan kepada setiap muslim. Saya tidak mahu terkecuali. Namun saya insan kerdil yang hanya mengharapkan belas kasihan Allah SWT. Mudah-mudahan saya diampunkan Allah kerana ingin melaksanakan kewajipan ini dalam suasana saya yang fakir, hina lagi miskin di sisinya.

No comments: