Wednesday, 27 April 2011

bab solat




source




Solat itu bukan sekadar yakin adanya Allah dan yakin pada Allah TETAPI yakin SEDANG bertemu dengan Allah. Seandainya masuk ke dalam keadaan “BERTEMU ALLAH” pasti solat kita akan benar. Di ketika berada dalam keadaan “BERTEMU ALLAH” ini, kita sedang berada dalam khusyuk, iaitu asyik dengan Allah.

Ketika waktu solat tiba, sedarilah bahawa kita ingin bertemu Allah. Jika sekadar sedar aku ingin solat, kita tidak berasa tujuan kita saat itu adalah untuk bertemu Allah.

Seandainya sedar kita dalam tujuan bertemu Allah, pasti kita akan benar-benar bersedia untuk bertemu Allah. Kita akan mengambil wudhuk dengan benar kerana kita ingin bertemu Allah… Tuhan kita. Bukan kawan-kawan. Bukan mak ayah. Tapi Allah… TUHAN!!

Lalu ketika kita sedang berdiri, pasti kita benar akan mendirikan solat dalam sedar dan penuh dengan hormat kerana kita sedar kita sedang bertemu Allah.

Nanti pasti kita akan ucapkan puji-pujian dengan sepenuh jiwa yang tunduk pada Allah. Pasti ketika memohon, kita benar-benar sepenuh jiwa memohon pada Allah dalam kepasrahan.

Solat kita teratur dan tukmaninah kita bukan dibuat-buat. Tetapi tukmaninah kita asli wujud kerana kita berada dalam keadaan bertemu Allah.

SEDARI setiap kali mendirikan solat, sedar bahawa kita sedang BERTEMU Allah dan beradalah dalam keadaan bertemu Allah ini. Tuturkanlah dengan benar dan hormat kepada Allah yang sedang kita menghadap.

No comments: