Wednesday, 27 April 2011

saya suka perbandingan ini



source








Mari kita lihat rukun iman yang enam.
1. Percaya kepada Allah
2. Percaya kepada malaikat
3. percaya kepada kitab
4. percaya kepada rasul
5. percaya kepada hari kiamat
6. percaya kepada ketentuan baik dan buruk yg Allah SWT tentukan. (Qada’ dan Qadar)

Mari kita meneliti mengapa iblis/syaitan dilaknat oleh Allah SWT? Apakah dia tidak percaya Allah? apakah dia tidak percaya malaikat? kitab? rasul dan hari kiamat?

Apakah salahnya syaitan ini?
Jika hendak dibandingkan dengan kita., syaitan awal2 lagi sudah berjumpa Allah SWT. Keyakinannya kepada Allah SWT tidak mampu kita lawan. Dia telah berada di syurga dan menikmati syurga. Dia memohon kepada Allah SWT setiap kali ingin melakukan sesuatu dengan penuh rendah hati kepada Allah SWT. Dia memanggil Allah SWT dengan penuh hormat dengan panggilan “Ya Rabb”.

Syaitan juga telah berjumpa malaikat tinggal bersama-sama di syurga. (Rujuk (QS. Al-A’raf : 13).

Syaitan juga percaya kepada kitab Allah SWT kerana cuba menyesatkan manusia daripada kitabnya.

Syaitan juga percaya kepada rasul iaitu utusan Allah SWT. Syaitan itu telah berjumpa dengan semua rasul dan nabi Allah SWT berbanding dengan kita yang tidak pernah berjumpa dengan seorang pun dari mana-mana rasul dan nabi Allah SWT.

Syaitan juga percaya adanya hari akhirat. Sebab itu dia berdoa kepada Allah agar dipanjangkan umurnya sehingga hari akhir. Firman Allah, “Iblis menjawab: ‘Beri tangguhkanlah aku sampai waktu mereka dibangkitkan”. (QS. Al-A’raf : 14). Allah SWT memperkenankan permintaan syaitan ini (rujuk (QS.Al-A’raf: 15).

NAMUN yang satu inilah yang syaitan gagal beriman menyebabkan Allah SWT melaknatnya. Apakah dianya?

Ketika Allah SWT menjadikan Adam dan meminta malaikat dan syaitan sujud pada Adam, malaikat dan syaitan membantah. Lalu ditegur Allah SWT. Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui. (Rujuk QS Al?Baqarah: Ayat 30)

Malaikat tersedar lalu sujud pada Adam. Namun syaitan tetap ingkar dengan memberi jawapan yang difirmankan Allah SWT di dalam QS Shaad: Ayat 76.

Nah! apakah bezanya syaitan dengan kita yang tidak menerima ketentuan Allah SWT? Setiap apa yang Allah SWT jadikan, lakukan adalah kehendak Allah SWT dan Allah SWT Maha Tahu apa yang Dia lakukan.

Lalu apakah kita ingin dilaknat Allah SWT seperti syaitan yang salahnya hanya satu iaitu tidak BERSERAH mengikut kehendak Allah SWT?

Jika kita bertanya lebih lanjut dengan soalan “Mengapa Allah SWT lakukan itu dan ini” jawapan yang mudah kita fahami, terserahlah kepada Allah SWT untuk Dia lakukan apa sahaja. Kerana semua apa yang ada di langit dan di bumi ini dan di antaranya termasuk diri kita, takdir kita adalah milik Allah SWT.

Allah nak beri kita sakit, nak hilangkan harta benda, nak beri kita kaya, senang, suka, sedih, gelisah, masalah anak, masalah suami isteri….. Dia yang Maha Hak ke atas diri kita. Kerana itulah jawapan Allah SWT, “Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui”.

Namun inshaAllah, jika kita berserah pada Allah SWT, jiwa sentiasa tenang kerana kita sedar semuanya adalah hak Allah SWT untuk berbuat apa sahaja. Jika kita ingin melawan sekali pun kehendak Allah SWT, kita pasti tidak mampu lakukan. Tetapi setiap apa yang Allah SWT lakukan, pastinya ada kebaikan dan bermanafaat.

Sekali lagi, dikala kita bertanya mengapa Allah buat itu ini, jawapan menggunakan ayat pasar atau kampung….adalah “sukahati Allah SWT lah untuk lakukan apa pun kerana semuanya adalah milik Allah SWT”. Kerana apa sukahati Allah SWT lah? kerana Allah SWT Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Jadi setiap kali mengeluh, ingatlah “Sukahati Allah SWT lah untuk lakukan apa sahaja kerana Dia lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui” FULL STOP. Tiada tapi-tapi dan beralasan itu ini.

Jika kita masih beralasan itu dan ini, apakah bezanya kita dengan syaitan?

Yang perlu dimohonkan adalah “ajarikan aku ya Allah” agar kita mengetahui apa yang kita tidak ketahui.

Semoga penerangan ringkas ini mampu menyedarkan kita serta meningkatkan keimanan kita sehingga mampu berserah total 100% kepada Allah SWT.



==

)

No comments: