Monday 25 April 2011

KELEBIHAN ALLAH DAN KELUASAN RAHMATNYA

KELEBIHAN ALLAH DAN KELUASAN RAHMATNYA

Maksud hadis :
Drp Abu Dzar Raddhiyallahu’anhu,bahawa sekumpulan org dr para sahabat Rasulullah s.a.w. tlh berkata kpd Nabi s.a.w.:”Ya Rasulullah! org2 kaya tlh memborong pahala,mrk bersolat sebagaimana kami bersolat,mrk berpuasa sebagaimana kami berpuasa,mrk bersedekah dgn kelebihan harta2 mrk.”

Sabda Rasulullah s.a.w.”Tidakkah Allah menjadikan utk kamu barang apa yg boleh kamu sedekahkan? Sesungguhnya utk kamu setiap tasbih adalah sedekah,setiap takbir adalah sedekah,setiap tahmid adalah sedekah,setiap tahlil adalah sedekah,mengajak kpd kebaikan adalah sedekah,mencegah dr kemungkaran adalah sedekah dan pada perlakuan jima’ seseorang dr kamu juga ada pahala sedekah.

“Mrk bertanya: Ya Rasulullah! Adakah salah seorang drp kami memenuhi syahwatnya juga memperolehi pahala? Sabda Baginda s.a.w.:”Apa pendapat kamu sekiranya ia melepaskan syahwatnya itu pada tempat yg haram?Adakah ia tidak berdosa?”Begitulah juga apabila ia melepaskan syahwatnya secara halal,maka ia memperolehi ganjaran.” (Riwayat Muslim)

Nota:
Tasbih lafaznya ialah “Subhanallah” (Maha Suci Allah)
Tahmid lafaznya ialah “Alhamdulillah” (Segala Puji Bagi Allah)
Takbir lafaznya ialah “Allahuakbar” (Allah Maha Besar)
Tahlil lafaznya ialah “La ila ha illallah” (Tiada Tuhan Melainkan Allah)

Smg Org Kaya & org miskin dpt bersekah dgn kelebihan dan keluasan rahmat drp Allah S.W.T.



source:


http://muhdkamil.org/blog/2011/04/22/kekayaan/

No comments: