Wednesday, 27 April 2011

"Sesungguhnya yang palingmulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa."[Al-Hujurat, 49:13]



saya juga suka info ini....







source





"tarbiyah itu sebenarnya apa?"


tarbiyyah itu didikan. Didikan yang membina. Seperti sekolah. Seperti madrasah. dan kita telah dipilih oleh Allah untuk memasuki madrasah tarbiyyah itu. Sehingga sedikit demi sedikit, kita dapat melihat secara sedar atau tidak bahawa kita telah faham kepentingnnya, keindahannya, dan kewajipannya.






tarbiyyah bukanlah rigid, bukan juga statik. tetapi tarbiyyah adalah momentum yang bakal melajukan dan menguatkan perlanggaran. dan momentum itu bukan maintain malah sentiasa bertambah setiap kali kita muhasabah..
tarbiyah adalah proses yang panjang, lama dan berterusan. Sehingga ia benar-benar mengubah kita menjadi khalifah dan a'bid yang sebenarnya. dan apa yang pasti, tarbiyyah akan sentiasa seiring dengan dakwah. tidak mungkin seseorang itu mampu berdiri lama andai tarbiyahnya hanya sehala. menerima tanpa memberi. dan tidak mungkin dakwahnya akan muntij(berkesan) andai dakwahnya hanya sehala. memberi tanpa menerima. Kerana itu dakwah itu seiring dengan tarbiyyah. sifatnya pasti mengubah. Mengubah manusia biasa menjadi luar biasa.. kerana itu, indicator keberkesanan tarbiyyah adalah rabbaniyyah. "Sesungguhnya yang palingmulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa."[Al-Hujurat, 49:13]
Tidaklah patut bagi seseorang manusia yang Allah berikan kepadanya Kitab ugama dan hikmat serta pangkat Nabi, kemudian ia tergamak mengatakan kepada orang ramai: “Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang menyembahku dengan meninggalkan perbuatan menyembah Allah”. Tetapi (sepatutnya ia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang Rabbaniyin (yang hanya menyembah Allah Taala – dengan ilmu dan amal yang sempurna), kerana kamu sentiasa mengajarkan isi Kitab Allah itu, dan kerana kamu selalu mempelajarinya.(3:79) Teringat kata-kata murabbiahku; hanya satu formula untuk antunna kekal dalam jalan dakwah dan tarbiyah iaitu maintain usrah. Kerana fokus K.I.T.A punya wasilah tarbiyah adalah usrah. kurangnya tarbiyah samaada dzatiyah atau jamaeiyah, maka terimalah lunturnya hamasaah dan sindrom kefuturan yang berlarutan sehingga kita tersungkur masuk kelembah paya yang busuk itu kembali.nauzubillahi min zalik ~Allah tidak akan memberi kemenangan kepada mereka yang bermain-main dalam membawa islam.~ wallahuallam




thanks to the info given


No comments: