Friday, 1 April 2011

ya Allah izinkanlahku Untung dunia untung di akhirat.





Menurut Hujjatul Islam Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah taala, beliau membahagikan manusia kepada empat golongan:
  1. Untung di dunia rugi di akhirat.
  2. Rugi di dunia untung di akhirat.
  3. Untung dunia untung di akhirat.
  4. Rugi di dunia rugi di akhirat.
Tidak salah andai melakukan sesuatu bagi meraihkan ganjaran sebagaimana jika seorang penulis yang menulis bagi tujuan mendapatkan wang royalti. Yang salahnya adalah apabila seorang penulis menjadi pragmatik kepada duit semata-mata sehingga sanggup menulis perkara-perkara yang melangkaui batas syarak. Sehingga tiada lagi halal dan haram dalam kamus kepenulisannya.


==

saya ingin mengenali penulis dan membeli buku beliau


http://kalamkhalifah.com/pabila-pensyarah-pun-merojak

ANTARA kerjaya yang paling penting dan mulia dalam dunia semenjak dari zaman dahulu sehingga sekarang adalah pendidik. Tidak kira mereka itu adalah seorang guru sekolah rendah atau menengah, ustaz mahupun ustazah sehinggalah kepada pensyarah di universiti.

===

Dan dalam urutan ini pula tentunya pensyarah menduduki carta tertinggi dan penting dalam sebuah sistem pendidikan. Mereka bukan sahaja perlu mengajar anak-anak muda lepasan sekolah menengah namun perlu juga menyelia pelajar-pelajar semasa yang kemudian menyambung pengajian sama ada secara pengajian luar kampus mahupun sepenuh masa. Apatah selepas long life learning juga semakin diterima dan menjadi budaya dalam masyarakat kita.


===

menarik ni .....


sebuah buku terjemahan karya Prof Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi yang berjudul Kebangkitan Pemuda Islam: Suatu Kemajuan Yang Harus Dibimbing Bukan Ditentang,


Menurut Prof Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi, antara perkara yang menghalang kebangkitan Islam daripada berjaya adalah umat Islam khususnya para pemuda dan pendakwah tidak lepas daripada situasi sebagaimana yang diterangkan di bawah:

  1. Kedangkalan dalam memahami Islam dan syariatnya.
  2. Tidak mengakui pendapat pihak lain.
  3. Sibuk dengan masalah-masalah sampingan dan mengabaikan masalah pokok.
  4. Berdialog dan berdebat dengan cara yang kasar.
  5. Cenderung mempersulitkan keadaan.
Kelima-lima perkara yang diutarakan oleh beliau ini saya kira sangat relevan bagi diberi perhatian oleh para mahasiswa yang meletakkan diri mereka sebagai pendakwah.



===

Justeru di bawah bab Menuju Dialog Yang Konstruktif, Prof Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi memberikan syor dan jalan penyelesaian kepada situasi di atas. Menurut beliau ada lima perkara yang perlu diberi perhatian bagi menghadapi situasi tersebut iaitu:

  1. Menghormati kepakaran seseorang.
  2. Berguru dengan ahli warak dan ahli iktidal (intelektual).
  3. Permudahkan dan jangan persulitkan.
  4. Berdakwah secara baik dan bijak.
  5. Mengetahui nilai amal hukum dan susunannya.
Dengan memahami kedua-dua elemen tersebut, paling kurang para mahasiswa yang ingin berdakwah akan mendapati mereka jelas dengan matlamat dakwah tersebut. Kerana, tanpa pemikiran dan pengurusan strategik, dakwah yang kita lakukan meskipun dilihat sebagai hebat mungkin kesannya tidak seberapa.

Justeru, menjadi peranan para mahasiswa bagi memahami dan mempraktikkan apa yang diutarakan oleh Prof Dr Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi. Para ulama, khususnya ahli gerakan Islam amat memahami akan kepentingan para mahasiswa dalam menjatuh dan membangunkan sesebuah tamadun kehidupan sebagaimana yang banyak terakam dalam lembaran sejarah.


===


Kitab Ihya Ulumuddin karya agung Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali rahimahullah taala anhu.

Dalam seputar bab Ulama ad-Dunya wa Ulama al-Akhirah. Secara jelas banyak kauldaripada para ulama yang menggambarkan bilamana seorang ulama mula mendampingi penguasa demi kepentingan tertentu, maka kebanyakan mereka akan tenggelam dalam kepentingan dan kebinasaan.

http://kalamkhalifah.com/ebook-pertama-saya-bagaimana-ia-bermula

Tuan Aqif Azizan, seorang usahawan atas talian yang berjaya pernah mengeposkan satu status yang begitu menarik perhatian saya, beliau menyatakan ada seorang gadis Inggeris bernama Amanda Hocking berjaya memperolehi USD1 juta dalam masa 10 bulan hasil daripada jualan ebook genre fiksyennya sendiri. Dan sekali lagi saya ingatkan, itu adalah situasi di luar negara, sangat beda dengan negara kita tercinta ini.


==
sebuah syarikat penerbitan ebook yang diuruskan oleh tokoh-tokoh pemasaran internet yang berprestij.

Syarikat tersebut adalah Educcatic Mind Sdn Bhd yang diusahakan oleh Tuan Mohd Zulfadli dan Cik Mal.




menarik biodata penulis disini


Beliau kemudian melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda (kepujian) Pengurusan Awam di Universiti Utara Malaysia dan Diploma Usuluddin di Universiti Malaya. Insya-Allah akan menyambung pengajian peringkat sarjana di Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan, Akademi Pengajian Islam Univerisiti Malaya pada tahun hadapan.

,,....

No comments: