Wednesday, 27 April 2011

memiliki kesedaran tertinggi



MEMILIKI KEYAKINAN PADA ALLAH SWT



source





Agar diri sentiasa sedar dan rasa kehambaan diri dan ketuhanan Allah:
(Semua di bawah adalah kerja hati)
1. Kenal dan sedar Allah Yang Maha Meliputi. BUKAN SEKADARTAHU. Tapi benar-benar RASA. Lalu pasti akan sedar dan sangat terasa Allah ini dekat. Allah ini Maha Besar. Allah ini Maha segala-galanya.
2. Komunikasi sentiasa dengan Allah apa yang difikirkan, apa yang dilakukan kerana dengan berkomunikasi dengan Allah, hati akan terasa keberadaan Allah sentiasa berada dekat.

Apabila kedua-dua ini diselesaikan, pasti akan sedar dan sentiasa rasa bertemu dengan Allah. Sentiasa berada dalam kesedaran tertinggi.

Setelah sentiasa berada dalam kesedaran tertinggi, pasti kita memahami aturan Allah. Lalu keyakinan pada Allah setiap hari meningkat dan terus meningkat tanpa menurun sedikit pun.

Kita akan faham benar dengan kehidupan ini kerana ketika kita sedar Allah dalam apa jua hal, kita tidak lagi protes pada Allah. Malah kita lebih yakin pada Allah kerana tahu yang terjadi saat itu yang terbaik pada kita

Lalu kita akan mudah berserah. Menerima segala kehendak Allah. Dan kita akan faham tujuan hidup kita yang dikatakan untuk beribadah pada Allah.

No comments: