Thursday 11 June 2009

berdoa adalah senjata mukmin

Salah satu doa daripada al-Qur'an ialah: (Dan di antara mereka ada yang berkata: "Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan lindungilah kami daripada azab neraka.") (Al-Baqarah 2:201).



Rabbi inni lima anzalta ilayya min kharyin faqeer.
(Wahai Tuhan ku, aku ini amat mengharapkan kebaikan terhadap apa yang Engkau turunkan kepadaku.)

Allahumma, rahmataka arju fala takilni ila nafsi tarafata `aynin wa aslih li sha’ni kullahu.
(Ya Allah, aku mohon rahmat Mu, jadi jangan tinggalkan daku sesuka hati walau seketika; dan permudahkan semua urusan ku bagi diri ku.)

Allahumma aghnini bi halalika `an haramika wa bi ta`atika `an ma`siyatika wa bi fadlika `amman siwaka
(Ya Allah, jadikanlah aku cukup dengan apa-apa yang Engkau telah jadikan halal untuk ku supaya aku tidak terdesak menuju kepada yang haram; dan jadikan diri ku cukup dengan ketaatan kepada Mu jadi aku tidak terdesak untuk derhaka kpd Mu; dan jadikanlah aku cukup dengan pemberian Mu jadi aku tidak perlu kepada pemberian yang lain.)

Anda boleh membaca doa-doa di atas untuk mencapai matlamat itu pada bila-bila masa, tetapi yang terbaik ialah berdoa selepas dua rakaat Solat Hajat.

Saya berdoa kepada Allah untuk memakbulkan hajat anda.Semoga Dia menerima doa-doa kita dan mengurniakan kita semua yang terbaik untuk dunia dan akhirat. Ameen.

No comments: