Friday, 5 June 2009

Doa pendiding syaitan ( Doa Haikal )

Adapun khasiat Doa Haikal ini terlalu banyak, sekadar diambil ringkasnya sahaja di sini, sesungguhnya tiadalah syak lagi akan fadhilatnya.

diamalkan kepada sesiapa yg terganggu akibat dari jin/syaitan..moga2 kita dijauhkan...Dibaca selepas solat...

DOA HAIKAL
1) Haikal Awal : Ayat Kursi (Ayat 255 Surah Al-Baqarah)
2) Haikal Kedua : Ayat 35 Surah Aali Imran, Ayat 77-80 Surah Al-Isra¡¯
3) Haikal Ketiga : Ayat 285-286 Surah Al-Baqarah
4) Haikal Keempat : Ayat 81-85 Surah Al-Isra¡¯
5) Haikal Kelima : Ayat 4-6 Surah Maryam, Ayat 27 Surah Al-Fath
6) Haikal Keenam : Ayat 1-4 Surah Al-Jin
7) Haikal Ketujuh -:Ayat 51-52 Surah Al-Qalam

Bahawasanya, adalah diriwayatkan oleh Rasulullah S.A.W., pada suatu hari sedang Baginda duduk di dalam masjid Madinah, maka Jibril A.S pun datang membawa Firman. Ujarnya - Ya Rasulullah, salam Allah Ta'ala pada Tuan Hamba dan Firman-Nya "Hai Kekasihku, adapun Doa Haikal iaini tujuh doa ini dihantarkan Tuhan pada Tuan Hamba maka barangsesiapa tiada percaya akan doa ini kafirlah ia dan barangsiapa membaca doa atau menyimpannya maka Allah S.W.T. melepaskan dia dan ibu bapanya daripada api neraka. Ya Muhammad, barangsiapa menaruh doa ini di dalam rumahnya maka tiada boleh masuk jin dan syaitan ke dalam rumahnya itu. Ya Muhammad, barangsiapa suratkan doa ini dan dipakai perbuat tangkal nescaya terlepaslah ia daripada azab sengsara dan wabak, dan duduk di dalam aman, dan lagi barangsiapa menaruh doa ini sentiasalah ia dihormati orang dan termulialah ia pada orang ramai, dan ketika hendak mati pun tiadalah ia merasai azab sakaratul maut itu maka dengan mudah sahaja nyawa itu keluar, sebagaipula barangsiapa membaca doa ini tiap-tiap hari dan jika tiada boleh membaca diperbuatnya azimat nescaya beroleh pahala umpama membaca tujuh puluh ribu (70,000) kali khatam Al-Quran dan tujuh puluh ribu mati syahid dan tujuh puluh ribu kali naik haji dan mendapat kebajikan seumpama membuat tujuh puluh ribu masjid dan seperti merdahekakan tujuh puluh ribu hamba dan seperti menjamu tujuh puluh ribu orang berbuka puasa, dan mendapat pahala tujuh puluh ribu orang hafaz Al-Quran, dan beroleh kebajikan kemenangan tujuh puluh ribu orang perang syahid dan pahala tujuh puluh ribu 'alim (orang yang berilmu) dan tujuh puluh ribu 'abid (orang yang beribadat) dan tujuh puluh ribu Malaikat, dan tujuh puluh ribu orang yang berakal dan tujuh puluh ribu Nabi dan kebajikan, dan beroleh kekayaan dan kebesaran Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail Alaihissalam. Ya Muhammad S.A.W, barangsiapa menaruh maka dengan berkatnya terlepaslah ia daripada segala orang yang membuat fitnah dan luputlah ia daripada sekalian bala dan jika ada ia berhutang nescaya terlepaslah ia daripada hutangnya itu dan segala musuhnya pun binasalah".

Kisah benar pada zaman dahulu:
Diriwayatkan pada suatu ketika dahulu ada seorang terkena tohmah (fitnah) mencuri di negeri Baghdad, maka dia dibawa mengadap hakim negeri tersebut, kemudian dijatuhkan hukuman bunuh keatasnya, maka dipancung oleh tukang pembunuh tiada terluka, diselamkan ia di dalam air tidak pula lemas, kemudian dibakar pula tidak terbakar. Maka apabila dilihat oleh hakim akan hal yang demikian lalu ditanya oleh hakim apalah jua amalanmu yang suatu perkara pun tiada boleh memberi cedera kepadamu, maka jawab orang yang tertuduh itu, "Ada di kepala hamba fadhilat Doa Haikal maka oleh berkat doa itu suatu perkara pun tidak boleh mengenai hamba dan suatu bala pun tiada dapat menghampiri hamba". Maka apabila mendengarnya, hakim tersebut pun membawa orang itu mengadap raja, serta dipersembahkannya sekalian hal yang berlaku, lalu dikurniakan oleh baginda beberapa banyak harta dan dibebaskan dia, dan Doa Haikal itupun disalin dan ditaruh padanya.

Haikal 1




Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Allah tiada tuhan melainkan Dia yang hidup dan kekal lagi terus menerus mengurus (makhluknya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan Nya apa di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafa'at disisi Allah tanpa izinnya? Allah mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

(surah Al Baqarah : 255)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Haikal 2

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. (Ingatlah), ketika isteri 'Imran berkata: "Ya Tuhanku, sesungguhnya aku menazarkan kepada engkau anak yang dalam kandungan ku menjadi hamba yang salleh dan berkhidmat (di Baitul Maqdis) kerana itu terimalah (nazar) itu dari pada ku. Sesungguhnya engkaulah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Kami menetapkan yang demikian) sebagai suatu ketetapan terhadap rasul-rasul Kami yang Kami utuskan sebelum kamu dan tidak kamu dapati perubahan bagi ketetapan kami itu. Dirikanlah Solat dari sesudah matahari tergelincir sampai gelap malam dan pada sebahagian malam hari bersolat tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagimu; mudah-mudahan Tuhanmu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji. Dan katakanlah: " Ya Tuhanku, masukkanlah aku dengan cara yang baik dan keluarkanlah aku dengan cara yang baik dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Haikal 3
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya, dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata): Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Haikal 4

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Dan katakanlah: "Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap", Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Qur'an itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. Dan apabila Kami berikan kesenangan kepada manusia nescaya berpalinglah dia; Dan membelakang dengan sikap yang sombong; dan apabila dia ditimpa kesusahan nescaya dia berputus asa. Katakanlah; "Tiap-tiap orang berbuat menurut keadaan masing-masing". Maka Tuhanmu lebih mengetahui siapa yang lebih benar jalannya. Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakanlah: "Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan melainkan sedikit.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~




Haikal 5

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Dia berkata : " Ya Tuhanku, sesungguhnya tulangku telah lemah dan kepalaku telah ditumbuhi uban, dan aku belum pernah kecewa dalam berdo'a kepada Engkau, Ya Tuhanku. Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalanku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera, yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Ya'qub; dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang disukai. Sesungguh Allah akan membuktikan kepada rasulNya tentang kebenaran mimpinya dengan sebenarnya (iaitu) bawasa sesungguhnya kamu pasti akan memasuki masjidil haram, insya Allah dalam keadaan aman, dengan mencukur rambut kepala dan mengguntingnya, sedang kamu tidak merasa takut. Maka Allah mengetahui apa yang tiada kamu ketahui dan Dia memberikan sebelum itu kemenangan yang dekat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Haikal 6

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Katakanlah (wahai Muhammad): Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: Satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami. Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: Tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak. Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (Ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Haikal 7

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Penyayang.
Aku Berlindung diri kepada Allah Yang Tinggi dan Agung. Dan sesungguhnya orang-orang kafir tu benar-benar hampir menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, takkala mereka mendengar Al Qur'an dan mereka berkata: "Sesungguhnya ia (Muhammad) benar-benar orang yang gila". Dan Al-Qur'an itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

1 comment:

evision said...

www.sangambayard-c-m.com