Wednesday, 10 June 2009

My dream book


this is my dream book to read.

I wish i am back in my own country where i can buy it at the bookstore.

but sadly i am thousands miles away. so patience is really a virtue here for me.


Buku yang ditulis oleh Shamsuddin Abdul Kadir ini membincangkan perihal hutang serta selok-belok mengenai dunia perhutangan. Penerangan ini lebih fokus kepada rakyat Malaysia yang hidup di dalam dunia kad kredit dan skim ansuran mudah. Sedikit sebanyak ia memberi peringatan kepada kita semua tentang bahaya penggunaan ‘kad plastik’ dan ‘skim mudah hutang’ ini. Kisah contoh kehidupan yang turut dimuatkan di dalam buku ini juga dapat membuka mata kita supaya dapat merasai keperitan hidup apabila dikelilingi dengan hutang-piutang keliling pinggang. Pelbagai langkah-langkah untuk membebaskan diri dari hutang juga turut dibincangkan di sini beserta kepentingan merancang kewangan. Ketahuilah juga cara-cara untuk hidup aman tanpa hutang di sini, anda pasti akan bebas daripada hutang yang tidak perlu!


Another person comments about this book :


Buku ini memang padat dengan pengetahuan mengenai dunia pengurusan kewangan. Sebagai satu langkah berjaga-jaga dalam membuat hutang yang tidak perlu, adalah amat wajar bagi anda untuk memiliki buku ini. Pernahkah kita merenung kembali bil-bil hutang lapuk kita? Kenapa agaknya hutang tersebut masih tidak habis-habis walaupun kita telah membayarnya setiap bulan? Jadi, ukurlah baju di badan sendiri setiap bulan supaya perbelanjaan kita tidak melebihi pendapatan kita setiap bulan. Selepas ini pasti tiada lagi panggilan hutang dari pihak peminjam kerana anda boleh mengurus kewangan anda dengan bijak. Alangkah tenangnya hidup anda!


Oh Allah. semuga saya diizin membacanya dan memilikinya satu hari nanti. amin.

No comments: