Sunday 29 August 2010

2 tahun dahulu dan sedekah ke anak yatim



saya jumpa entri dari prof yang sebut pasal selipar...


source




Dua tahun UiTM Johor meraikan anak-anak yatim di daerah Segamat. Kami kumpulkan mereka yang duduk jauh di dalam kampung keluar ke bandar Segamat.

Pertama, kami bawa mereka ke kedai BATA. Pilihlah yang mana berkenan, harga tidak boleh melebihi RM30.

“Cik gu, cik gu… saya tidak mahu kasut. Saya hendak selipar cik gu,” sayu saya mendengar permintaan tersebut. Mereka tidak pandai berhari raya dengan kasut baru.

Kemudian, kami raikan mereka dengan makanan yang diimpikan oleh kanak-kanak biasa.

“Kenapa tidak makan?”

“Saya mahu bawa pulang. Hendak makan dengan adik”

Berderai airmata.

Kemudian, kami kumpulkan mereka di masjid As-Syakirin untuk berbuka puasa. Saya pesan kepada pegawai-pegawai UiTM,

“Jangan sesekali kita yang sibuk hendak makan, raikan anak-anak ini terlebih dahulu. Biar mereka rasa dihargai”

Ramai yang menyumbang. Wang saku untuk berhari raya didermakan sebanyak RM100/seorang, makanan, telekung, pakaian dan kasut juga tidak terkecuali.

Alahai… kita menggembirakan sedetik dalam hidup insan yang diberi keistimewaan oleh Allah SWT.

Tahun ini saya tidak mampu melakukannya dengan skala yang besar. Bersama dengan Ustaz Haji Omar, kami tubuh PERKIM Daerah Segamat. Beliau dilantik sebagai Yang Dipertua [Penaja] dan saya sebagai Timbalan Yang Dipertua [penaja].

“Haji, saya mahu uruskan bantuan untuk anak-anak yatim yang berada di sekitar Kg Jawa,” saya maklumkan kepada Tuan Haji Omar.

Allah mudahkan. Kami berjaya mengumpul 24 orang anak-anak yatim yang berhampiran. Saya nyatakan kepada seorang rakan,

“Yin, aku ada 24 anak yatim, kami ingin beli kasut raya untuk mereka. Bajet, RM40/seorang. Boleh bagi sumbangan?

Alhamdulillah, beliau menderma RM1000.

No comments: