Sunday, 29 August 2010

bermain dan beli mercun itu haram

ini suatu pengalaman baru dan menarik untuk saya.


walau kini saya berada di uk dan tiada orang bermain mercun untuk sambut hari raya

tapi anak anak teringat nak main mercun dan saya kata tunggu pulang balik malaysia....


kini ilmu baru hari ini untuk saya ialah ianya haram...

sebut lagi sekali ianya HARAM.....


source dan detail article dari prof kamil and thank you for berkongsi isi ceramah...






Mercun

Salah satu kenangan awal yang masih melekat ialah bermain mercun. Ia ingatan samar. Namun yang jelas ialah bagaimana ayah menyalakan mercun tersebut dan meletup di udara mengeluarkan percikan api yang berwarna-warni. saya fikir usia saya di sekitar 4-5 tahun.

Saya pernah bermain mercun papan. Bunyinya kuat. Kalau dicucuh satu persatu, ia perlu menggunakan api lilin atau pelita minyak tanah. Paling tidak pun menggunakan ubat nyamuk.

Ibu jari saya pernah pecah kerana tidak sempat membalingnya. Sakit.

Inilah pengalaman masa lampau yang masih “ingat-ingat lupa”.

Beberapa hari yang lepas, saya mendengar ceramah yang disampaikan oleh Kadhi Segamat. Katanya nyaring,

“Saya tidak akan menjadi agen kepada perkara yang haram. Saya sama sekali tidak akan membenarkan anak-anak saya bermain mercum. Ia haram. Membazir. Malah sangat-sangat mengganggu masyarakat. Ada ketikanya, ketika orang mahu solat maghrib…. ketika itulah ditembaknya mercun ke udara…”

Dulu-dulu, saya tahu ia membazir namun tidak pernah ambil pusing. Bila Amirul meminta izin membeli mercun, saya hulurkan wang menyokong kehendaknya.

Emmm…. kata-kata kadhi tersebut melekat di hati. Ketika berbuka saya bercakap dengan suara lemah lembut,

“Amirul, ayah dengar ceramah dekat masjid As-Syakirin. Kadhi Segamat kata, bermain mercun haram. Agaknya sebab ia membazirlah kot…. Beliau buat lawak…. Kadhi kata kita menembak malaikat bila kita main waktu maghrib…. Amirul, tahun ini kita tidak usah main mercun… boleh tak?”

Amirul menganggukkan kepala!

Alhamdulillah, beliau bersetuju kerana tahu yang main mercun adalah perbuatan membazir yang dikutuk Allah.


=====



saya juga tertarik the komentar


approach yang sangat diplomasi…tercuit hati membacanya



===


ni untuk nasihat anak yang boleh di tauladani....


//


bagi saya ibu bapa mempunyai PENGARUH BESAR terhadap anak anak...


:)


anak ku bacalah dan hayati dan renung renung

No comments: