Sunday 29 August 2010

surah As-Sharsh /surah Al-Insyirah dan sabar...



surah As-Sharsh atau surah Al-Insyirah

source





Sabar

Sambil-sambil menanti penghujung hari, saya capai buku yang sentiasa berada di atas katil sepanjang bulan Ramadhan. Buku pilihan adalah kisah-kisah lengkap nabi dan rasul.

Nabi Ayub, terkenal atas sifat sabar baginda. Beliau diuji atas sifat tersebut. Salah satu ujian besar yang dihadapi beliau ialah kehilangan kekayaan dan ditimpa penyakit yang berpanjangan. Isteri bagindalah yang menjaga beliau di sisi.

Namun baginda sentiasa bersyukur. Tidak sekalipun baginda mengeluh.

Akhirnya iblis tahu yang mereka tidak dapat menghilangkan kesabaran Nabi Ayub. Ringkaskan cerita, baginda diuji melalui isteri baginda. Isterinya bersungut di atas ujian tersebut. Lalu Nabi Ayub bertanya,

“Berapa tahun kita diberi nikmat Allah?”

“80 tahun”

Berapa tahun kita diuji?”

“Tujuh tahun”

“Jika aku upaya, mahu aku menyebat engkau 100 kali di atas tingkah laku mu”.

Isteri baginda meninggalkan beliau keseorangan!

Setiap kali membaca al-Quran, di riba saya akan ada terjemahan dan asal-usul ayat tersebut diturunkan. Bukankah kita membaca surah As-Sharsh berulang kali? Apakah pengajaran yang sangat-sangat bermakna?

Subhanallah, Allah pertegaskan sebanyak dua kali, Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan (6).

Bagi mereka yang benar-benar beriman, Allah menjanjikan kemenangan. Itulah nilai kesabaran di sisi Allah! Saya petik terjemahan buat renungan kita bersama. Mudah-mudahan mendapat manfaat!

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)? (1) Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2) Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3) Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5) (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6) Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7) Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini) (8).


...

No comments: