Sunday, 29 August 2010

istiqamah or persistence or / atau consistency n be preserverance




Tips kedua bagaimana untuk meletak matlamat sesuai dengan ajaran Islam –istiqamah.

Dalam bahasa Inggeris, istiqamah boleh disamakan dengan persistence atauconsistency. Maksudnya, kita usaha, usaha, usaha dengan penuh kerajinan dan penuh konsisten.

Bila kita dah set matlamat, pastikan kita menyediakan diri sendiri untuk istiqamah mencapainya.

Jangan ubah matlamat tu selagi ia belum berjaya dicapai.

Jangan pernah terfikir untuk merubah matlamat ke matlamat lain yang baru selagi matlamat lama masih belum berjaya direalisasikan, tak kiralah berapa lama masa yang perlu untuk mencapainya.

Ada orang amik masa 3 bulan untuk capai matlamat yang diset olehnya. Ada orang amik masa 3 tahun untuk mencapai matlamat.

Jangan terlalu bandingkan matlamat diri Anda dengan matlamat orang lain kerana perbuatan camtu akan merendahkan tahap motivasi Anda. Setiap seorang daripada kita berbeza, punya background berbeza, memiliki kemahuan berbeza.

Bila Anda membanding-bandingkan matlamat diri Anda dengan matlamat orang lain, itu petanda bahawa Anda tak tahu apa yang Anda nak capai ataupun Anda tak teguh pendirian sehingga termanggu-manggu ketika meletak matlamat. Kesannya, Anda akan hilang semangat untuk terus berusaha mencapai matlamat, target, azam yang Anda dah letak.

Maka dari situlah kita kena teguh pendirian, kena istiqamah mengejar kejayaan, bukan asyik merubah fikiran hingga terpaksa merubah matlamat. Orang yang asyik merubah matlamat ibarat merubah destinani perjalanan.

Akhirnya, dia takkan tahu ke mana arah yang dia nak tuju sebenarnya.

Dalam jangka masa panjang, dia akan menjadi seseorang yang tidak mencapai apa-apa tahap kejayaan.

No comments: