artikel ini menarik untuk di kongsi semuga saya juga boleh didik anak anak saya...
untuk jalani kehidupan sendiri:
BERKOMUNIKASI dengan Allah SWT
...................................
Setiap daripada kita telah ditentukan jalan kehidupan kita sendiri. Kita tidak boleh meniru jalan kejayaan yang sama dengan orang lain untuk berjaya. Jika jalannya sama, ia kerana telah ditentukan begitu. Bukan kerana kita mengikut langkah orang yang berjaya itu.
Yang penting kita mengutamakan Allah SWT. Jika kita berjaya setelah mengikut langkah orang lain yang berjaya maka ia adalah kerana ketentuan Allah SWT. Langkah orang lain itu tidak menentukan samada berjaya atau tidak. Mungkin jika orang lain yang mengikutnya, orang itu tidak akan berjaya seperti saudara yang mengikutinya.
Hidup kita ini ada jalannya sendiri. Tetapi kita dituntun dengan Al-Quran dan Sunnah agar kita tidak keluar dari lingkungan agama. Yang penting, tanyalah Allah SWT jalan-jalan kejayaan kita. Biarlah kita dituntun dengan jalan-jalan kejayaan itu. Kita pasrah, redha dan berserah untuk dijadikan orang yang berjaya. Tetapi ingat, pasrah, redha dan berserah bukannya pasif.
***
Saya dijemput untuk hadir ke ceramah motivasi adik Nik Nurmadihah di Putrajaya hujung minggu ini. Satu perkara yang menarik perhatian saya bukanlah kerana cara beliau belajar tetapi kepasrahan, redha dan penyerahan secara total beliau kepada Allah SWT. Dengan penyerahan secara total (total surrender) kepada Allah SWT, Allah SWT menuntun beliau dengan jalan-jalan kejayaan.
Didiklah anak-anak kita agar berserah dengan sebenar-benarnya kepada Allah SWT. Ajar mereka BERKOMUNIKASI dengan Allah SWT.
Jika mereka malas solat, didik mereka agar beritahu Allah SWT bahawa mereka malas solat. Jika mereka malas belajar beritahu Allah yang mereka malas belajar. Tidak perlu menadah tangan ketika beritahu Allah. Ketika bermain pun tidak mengapa.
“Ya Allah, kakak malas solat ya Allah. Nanti kalau kakak rajin, kakak solat ye ya Allah”
“Ya Allah, along rasa malas nak belajarlah ya Allah. Kalau rajin nanti, along belajarlah ye ya Allah”
“Ya Allah, angah benci tengok along. Angah rasa nak tumbuk je along ya Allah. Geramnya angah ni ya Allah”
“Ya Allah mak tu bising jelah suruh belajar. Achik nak main ni kejap je ye ya Allah. Nanti achik belajar lah”
Alhamdulillah, saya mengambil masa 3 bulan mengajar anak saya yang kecil. Nur Durrotun Nasihah baru berumur 2 tahun 11 bulan. Beliau masih tidak mampu berfikir seperti anak-anak umur 7 tahun ke atas untuk berkata-kata seperti di atas. Tetapi setiap kali beliau dapat susu, dapat apa saja, beliau akan berkata “terima kasih Allah”.
Selalu saya mendengar ketika beliau bermain, beliau berzikir “Subhanallah, Alhamdulillah……..”. Ini bermakna anak-anak boleh diajar perlahan-lahan untuk menguatkan jiwa mereka. Biar mereka bergantung hanya kepada Allah SWT dengan mengadu kepada Allah SWT.
Kuatkan jiwa kita dan anak-anak dengan hanya bergantung kepada Allah SWT, pasti yang lain menjadi mudah.
***
Setiap pagi apabila bangun tidur, saya berdoa secara ringkas:
“Ya Allah, Tuhan sekelian alam. Tuhan yang Maha Besar rahmatNya. Ya Allah, dengan kemahiran yang aku ada ya Allah, aku memohon agar Engkau tunjukkan aku jalan-jalan kejayaan pada hari ini ya Allah. Terima kasih ya Allah. Terima kasih. Amin”
============================================================
Bahagia Itu Pilihan
Jika kita tidak bahagia, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak bahagia. Jika kita malas, sebenarnya kita yang memilih untuk malas. Jika kita tidak kaya, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak kaya. Jika kita tidak pandai, sebenarnya kita yang memilih untuk tidak pandai. Jika kita banyak masalah, sebenarnya kita yang memilih untuk banyak masalah.
Mahu bahagia atau tidak adalah pilihan. Yang penting itu harus memiliki kesedaran yang tertinggi bahawa bahagia itu hanya dapat diperolehi daripada Allah SWT. Full stop.
Maka terpulang kepada kita samada mahu pilih bahagia atau tidak di dalam membuat pilihan. Jika mahu bahagia, mudah saja, sentiasa memastikan diri berada dekat dengan Allah SWT. Ingat dan berserah pada Allah SWT sahaja. Tidak perlu yang lain awalnya kerana yang lain PASTI akan menyusul apabila jiwa ini ingat dan berserah pada Allah SWT. Jadinya nanti tidak ada paksaan di dalam beribadah.
Developing a mind mapping practice
4 weeks ago
No comments:
Post a Comment