Sujud Syukur sunat dilakukan apabila seseorang itu mendapat sesuatu nikmat seperti lahir seorang anak, mendapat harta, terlepas dari bahaya dan lain-lain.Ia bertujuan melahirkan rasa terimakasih kepada Tuhan di atas nikmat tersebut.
Dalam hal ini, terdapat hadis Nabi s.a.w seperti berikut:
" Dari Abi Bakrah r.a. bahawasanya Nabi s.a.w apabila telah datang kepadanya sesuatu urusan yang menyenangkannya, atau ia gembira kerana sesuatu, lalu ia sujud menekurkan ke tanah sebagai berterimakasih kepada Allah ta'ala".
Sujud syukur ini hanya dilakukan di luar sembahyang kerana ia tidak berhubungan dengan soal sembahyang. Syaratnya sama seperti sujud tilawah iaitu:
1. Suci dari segala najis di badan, pakaian dan tempat.
2. Menutup aurat
3. Menghadap kiblat
Rukunnya pula ialah :
1. Berniat untuk sujud syukur
2. Membaca takbiratul ihram, ketika sujud
3. Satu kali sujud
4. Memberi salam sesudah duduk
Pendekatan saya mudah. Sesuatu ilmu yang kelihatan mudah akan saya amalkan. Saya cuba sedaya upaya untuk melakukannya sekurang-kurangnya sekali sehari “Ya Allah aku bersyukur di atas segala nikmat yang telah engkau berikan”. Lalu saya bertasbih!
Saturday, 1 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment