“Allah berkata: Apakah yang menghalangmu sujud kepada Adam pada waktu aku menyuruhmu? Jawab iblis: Saya lebih baik daripadanya. Engkau ciptakan saya daripada api sedangkan dia Engkau cipta daripada tanah.” [Al-Quran, Al-A'raf: 12]
siapa hebat api ke tanah... suburkan minda
Meneliti ayat ini, benarkah api lebih mulia daripada tanah?
Api hebat membakar. Ada api, boleh la buat bbq. Hmm.. betul tu. Tanah pula ada yang subur, ada pula yang keras, kontang dan macam-macam lagi.
Mmmm… cuba bayangkan. Kalau kita ada benih jagung, kita campak ke dalam api. Apa yang terjadi? Hangus rentung, kan. Dalam bahasa kasar, “apa pun tak guna!”.
Kalau dicampak satu lagi benih ke tanah. Untung-untung bercambah juga. Silap gaya, benih yang satu tu boleh menghasilkan sebatang pokok jagung yang menghasilkan banyak buah. Jangan lupa, jagung ialah sejenis pokok yang ada pakej lengkap sistem reproduktif pada satu pokok. Pokok yang satu tu akhirnya boleh menghasilkan beratus-ratus lagi pokok jagung!
Jadi, mestikah api yang hebat membakar tu lebih hebat berbanding tanah? Mestikah iblis yang dicipta dari api itu lebih hebat berbanding manusia yang dicipta daripada tanah?
Persoalan yang lebih berat lagi: adakah perbandingan kehebatan di antara manusia dan iblis dinilai dari sudut penzahiran penciptaannya semata-mata?
Hmmm… fikir…. fikir….
Teliti semula ayat tadi. Sebenarnya hanya iblis sahaja yang menilai kehebatannya berdasarkan asal-usulnya [err... mulut nakal ni nak je kata, sesiapa yang rasa dia hebat kerana asal-usul, keturunan dia hebat bebenor, maka..... ups!]. Allah tidak pernah mengakui bahawa makhluk api itu lebih baik dari makhluk tanah kerana keapiannya, ataupun makhluk tanah lebih baik daripada api kerana ketanahannya.
Tetapi, kehebatan sesuatu makhluk dinilai dari sudut akal dan jiwanya. Akal dan jiwa manusia Adam diberikan ilmu dan iman. Akal dan jiwa kurniaan Allah s.w.t. untuk kita pula terpulang kepada kita bagaimana kita nak modify. Kalau benih jagung yang elok kita semai pada akal dan jiwa tu, pasti ia akan menumbuhkan hasil yang lumayan. Tapi, kalau dibiarkan akal dan jiwa itu keras dan kering kontang, maka lori benih jagung terbalik pun, tidak akan menghasilkan apa-apa.
Kalau dirasakan bahawa kita ni masih bak makhluk bernama tanah itu, maka janganlah dibiarkan akal dan jiwa tidak dapat menghasilkan apa-apa. Bentuklah supaya tanah itu subur membugar. Tapi, bagaimana hendak menjadikan akal dan jiwa itu subur?
Monday, 3 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment