Saturday 1 August 2009

tips kewangan - untuk earn a peace of mind

Make your brain as your hobby, it will reward your tremendously” itu lebih kurang kata-kata Tony Buzan .

======= untuk di share, terjumpa semasa blog walking..... ======

=========================================================


Disini saya ingin berkongsi beberapa tips kewangan iaitu “RAHSIA BEBAS DARIPADA BELENGGU HUTANG”.

Tips ini saya amalkan sendiri dan ternyata ia berkesan. Mungkin ia boleh membantu ramai orang yang mengalami masalah hutang terutama pengunjung2 blog ini.

: JANGAN SESEKALI menggunakan KAD KREDIT @ MEMBUAT SKIM BAYARAN MUDAH walau anda terdesak, kesempitan atau tiada wang sekalipun. Amalkan perbelanjaan melalui WANG TUNAI sahaja

: TANAMKAN DALAM HATI bahawa kad kredit adalah ‘KAD GANTUNG DIRI’. Apabila anda memilikinya bermakna anda sengaja cari ‘tali gantung’ untuk ‘bunuh’ kewangan anda. Lagi banyak anda memilikinya, lagi banyak anda sediakan ‘tali gantung’ untuk ‘bunuh’ kewangan anda

: TANAMKAN DALAM HATI bahawa skim bayaran mudah bermakna ‘SKIM CEPAT MISKIN’. Apabila anda mula mendaftar dengan skim ini bermakna anda bersetuju untuk memastikan anda menjadi CEPAT MISKIN. Semakin banyak skim ini anda sertai, semakin cepat anda mencapai taraf ‘MISKIN KEWANGAN’

: JANGAN SESEKALI anda meminjam wang dengan along @ ceti sama ada yang ‘halal’ atau yang ‘haram’ walau anda terdesak macam mana sekalipun. Ingat !!! SEKALI anda meminjam wang dengan mereka bermakna anda bersetuju untuk ‘menggadaikan nyawa anda, keluarga dan seluruh hidup anda kepada mereka’ iaitu ibarat ‘anda menjadi tv, mereka menjadi remote control’- bila tiba masanya, anda akan ‘terpadam’.

: Buat simpanan sekurang-kurangnya 40% daripada gaji anda dalam SEKURANG-KURANGNYA 3 AKAUN BANK di mana setiap akaun berkenaan tidak mempunyai kad ATM. Anggap simpanan ini sebagai ’senjata hebat’ yang anda miliki untuk MELAWAN hutang, inflasi dan sama waktu dengannya.

Ingat!!! Jangan amalkan prinsip ‘Sikit-sikit dalam bab menyimpan ini, pasal ia hanya akan jadi bukit’ TAPI amalkan prinsip “BANYAK-BANYAK, pasal LAMA-LAMA simpanan anda akan JADI GUNUNG”.

Itu pasal MESTI simpan 40% daripada gaji anda, dan BUKANNYA 10%-15% daripada gaji anda. Ok… Itu jer tips kali ini.

No comments: