wow... boleh terang rasa manis? sweet?
sweet only known to people who taste it.
rasa ujud Allah dan benar benar rasa ujud Allah is 2 different things...
wow
=========================================
new knowledge again.... every day
KESEDARAN itu adalah wilayah atau elemen RASA IHSAN.
Makna Ihsan:
“Iaitu engkau beribadah kepada Allah seolah-olah engkau melihat-Nya. Jika engkau tidak mampu melihat-Nya, maka ketahuilah bahawa Dia selalu melihatmu.”
Kita beribadah (menjalani kehidupan) seolah-olah kita melihat Allah dan mengetahui Allah selalu melihat kita bertujuan untuk mencapai wilayah rasa setelah kita tahu yang Allah sentiasa melihat kita.
Ramai di antara kita sekadar tahu Allah itu dekat dan sentiasa melihat kita tetapi TIDAK MERASAKAN keberadaan Allah yang sangat dekat, kekuasaan Allah, sifat Allah dan perbuatan (Af’al) Allah SWT. Maka kita tidak mampu memiliki KESEDARAN. Saya tidak mampu menjelaskan elemen ‘rasa’ dengan tulisan atau dijelaskan dengan kata-kata. Ia sebuah pengalaman tanpa ungkapan.
Gula rasanya manis. Rasa manis tu macam mana? Tidak mampu dijelaskan melainkan kita yang pernah merasai gula sahaja yang faham manis itu bagaimana.
Lalu KESEDARAN itu tidak mampu dijelaskan. Yang mampu dijelaskan hanyalah bagaimana mendapatkan KESEDARAN itu. Samalah halnya bagaimana mendapatkan rasa manis itu.
Analogi yang digunakan di dalam entri “Bagaimana SEDAR itu?” sekadar untuk membawa pembaca mengingati pengalaman yang pernah dialami agar dapat mencetuskan semula rasa SEDAR itu. Jadi pembaca akan faham apakah KESEDARAN yang dimaksudkan dengan cara mengingati kembali rasa sedar yang pernah dialami. Namun kesedaran dalam analogi itu adalah kesedaran kepada manusia.
Mereka yang pernah memiliki KESEDARAN sahaja yang mudah untuk mengakses kembali rasa ini sentiasa. Sebab itu KESEDARAN ini berubah tahap rasanya. Samada akan naik atau turun. Namun jika turun, ia mudah untuk mencapai semula tahap KESEDARAN yang tinggi semula kerana informasi pengalaman SEDAR itu telah ada tersimpan di otak kita.
Maka setiap hari kita cuba meningkatkan KESEDARAN agar yang tersimpan di otak kita adalah KESEDARAN YANG TERTINGGI dari sebelumnya. Ia terus meningkat dan meningkat sepanjang hidup kita ini.
Perbincangan tentang hal ini akan dibincangkan di lain masa. InshaAllah.
Apabila kita memiliki KESEDARAN akan halnya Allah SWT, pasti kita akan khusyuk di dalam kehidupan seterusnya pasti khusyuk di dalam solat. Yang kita inginkan bukan sekadar khusyuk di dalam solat tetapi juga khusyuk iaitu SEDAR akan halnya Allah SWT (sifat, zat dan Af’al Allah SWT) di dalam setiap saat kehidupan kita ini.
Komunikasi dengan Allah SWT mampu menghadir dan meningkatkan KESEDARAN (RASA IHSAN) dalam kehidupan. Saya akan jelaskan di entri akan datang.
Friday, 21 August 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment