source
http://www.fuadlatip.com/v1/2008/12/mandi-untuk-kusyuk-dalam-solat/#more-218
Apabila saya sudah layak dirotan jika tidak menunaikan solat ketika umur 7 tahun, saya diarahkan mandi sebelum solat. Saya bertanya kepada ibu dan arwah ayah saya kenapa perlu mandi? Ambil wudhuk cukuplah.
“Kamu akan lebih kusyuk dalam solat jika kamu mandi sebelum solat”, itulah jawapan mereka. Walaupun mereka tahu ia bukan syarat wajib solat, tapi itulah amalan yang diterapkan di dalam kelurga saya. Bukanlah bid’ah atau menambah rukun. Sekadar tunjuk ajar untuk memudahkan mencapat kusyuk dalam solat. Tetapi bukanlah satu perkara wajib.
Tetapi setelah besar, saya hanya mandi sebelum solat hanya sebelum solat subuh dan maghrib atau isyak sahaja. (kadang-kadang solat maghrib di pejabat dan balik ke rumah mandi dan terus solat isyak). Solat zohor dan asar di pejabat. Agak sukar untuk mandi di pejabat sebelum solat-solat tersebut.
Setelah sekian lama, kini baru saya ketahui signifikannya mandi sebelum bersolat. Dan ini juga sebab dari sudut sains kenapa kita diminta untuk berwudhuk.
Sebabnya
Unsur air yang menyegarkan mampu menurunkan frekuensi otak kita berada di frekuensi Alpha. Ini bermakna kita akan lebih banyak menggunakan otak kanan di dalam frekuensi ini. Menggunakan otak kanan, maka kita tidak akan banyak berfikir menggunakan otak kiri.
Semua kerja kita menggunakan otak kiri. Maka jika kita menggunakan otak kanan secara tidak langsung kita lebih tenang. Kita lupakan segala kerja yang ada. Dengan ketenangan ini, maka kita lebih menghayati solat dan akan lebih kusyuk ketika solat. Maha Besar Allah menciptakan sesuatu itu pasti ada sebabnya.
Jika tidak percayakan saya, mandilah sebelum solat sambil berkomunikasi dengan Allah ketika mandi. Lihatlah kesannya.
“Ya Allah, segarnya air ini ya Allah. Seronoknya mandi ya Allah. Tenangkan aku ya Allah. Segarkan badan aku ya Allah. Terima kasih ya Allah kerana beri peluang untuk aku menikmati kesegaran air ini ya Allah”.
Kekadang apa yang diajarkan oleh orang tua tidak masuk akal. kehebatan mereka dari segi pengalaman walaupun agak kurang berilmu dari segi penerangan sebab musabab sesuatu itu dilakukan. Pendidikan yang mereka terima zaman dahulu tidak sama dengan kita hari ini. Maka kitalah yang perlu berfikir setiap rahsia dari pengalaman yang mereka lalui agar kita lebih mudah menyampaikan pada generasi yang akan datang.
Sunday, 14 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment