Rakaat Solat dan Frekuensi Fikiran
source
http://www.fuadlatip.com/v1/2009/04/rakaat-solat-dan-frekuensi-fikiran/
Inilah apa yang saya fikirkan. Tetapi masih tidak ada sokongan fakta sains. Saya telah meminta pelajar PhD yang membuat penyelidikan berkenaan Brainwave untuk mengkaji. Harap Allah memberi beliau masa untuk melakukan penyelidikan seperti apa yang saya fikirkan ini dan keluarkan hasilnya.
Subuh 2 Rakaat
Kita baru bangun dari tidur dan masih lagi berada sekurang-kurangnya mungkin Alpha. Maka 2 rakaat pun sudah mencukupi untuk kita terus berada di Alpha.
Zohor 4 Rakaat
Kita sudah lama berkerja dan berfikir. Maka 4 rakaat diperlukan untuk kita bersolat.
Rakaat pertama mungkin masih Beta
Rakaat kedua mungkin masih Beta tetapi Beta yang paling bawah.
Rakaat ketiga sudah masuk ke Alpha.
Rakaat ke empat sudah masuk ke Deep Alpha atau Theta
Asar 4 Rakaat
Begitu juga dengan asar. Kita menyambung kerja. Maka 4 rakaat diperlukan untuk kita bersolat.
Rakaat pertama mungkin masih Beta
Rakaat kedua mungkin masih Beta tetapi Beta yang paling bawah.
Rakaat ketiga sudah masuk ke Alpha.
Rakaat ke empat sudah masuk ke Deep Alpha atau Theta
Maghrib 3 Rakaat
Islam menggalakan umatnya beriadah. Samada beriadah atau tidak, biasanya selepas pukul 5, kita semua sudah habis kerja. Maka otak kita sudah berehat. Jika beriadah maka sudah pasti otak akan banyak berehat. Maka maghrib cukup sekadar 3 rakaat.
Rakaat pertama mungkin masih beta tetapi Beta yang paling bawah.
Rakaat kedua sudah masuk ke Alpha.
Rakaat ke tiga sudah masuk ke Deep Alpha atau Theta
Isyak 4 Rakaat
Solat isyak 4 rakaat kerana islam menggalakkan agar kita bangun di malam hari untuk Qiamulail. Maka tenaga yang banyak diperlukan serta badan dan otak mestilah cukup rehat. Sebab itu memerlukan 4 rakaat.
Rakaat pertama mungkin masih Beta
Rakaat kedua mungkin masih Beta tetapi Beta yang paling bawah.
Rakaat ketiga sudah masuk ke Alpha.
Rakaat ke empat sudah masuk ke Deep Alpha atau Theta.
Wallahualam.
Sunday, 14 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment