Wudhu’ yang diambil dengan tenang dan berkualiti akan menjadi terapi untuk tubuh yang baik terutamanya bagi mereka yang mempunyai sakit saraf. Marilah kita sama-sama berwudhu’ dengan tenang, sambil menghayati setiap titisan air yang jatuh ke tubuh serta sambil menggosok-gosok anggota tubuh yang berkaitan.
Jika anda dapat melakukan dengan baik maka anda akan dapati perasaan yang lain ketika bersolat. Wudhu’ adalah pintu untuk khusyuk dalam solat. Jika kita masih berwudhu’ dalam gelombang beta maka jauhlah lagi perjalanan untuk khusyuk tetapi jika kita sudah dapat membetulkan wudhu’ maka pintu kekusyukan sudah mula terbuka. Kita perlu ingat wudhu’ yang betul akan menurunkan gelombang otak kepada alpha dan jika anak-anak kita dilatih untuk berwudhu’ sebelum membaca buku, cuba lihat perubahan positif dalam pembelajarannya, jika kita berada dalam keresahan, wudhu’ yang betul akan menyahkan cas-cas negatif yang pada kita.
Wudhu’ adalah terapi dan ianya patut dipelajari dengan betul bukan hanya sambil lewa. Bagi mereka yang ingin kelihatan muda, berwudhu’lah selalu, kerana pada gelombang beta, wajah akan cepat kelihatan tua tetapi apabila kita berwudhu’ maka kita akan berada dalam gelombang alpha dan proses penuaan akan lambat berlaku. Semoga kita mula memahami akan kehebatan wudhu’.
Sunday, 14 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment