dipetik dari blog KRTS
http://muhdkamil.net/kehidupan/2010/02/11/aturan-kehidupan/
Aturan Kehidupan
Kata orang, “Kalau kita memudahkan orang, orang lain pula akan memudahkan kita”.
Orang juga berkata, “berbuat baik pada orang, orang lain pula akan membuat kebaikan kepada kita”.
DAn Allah berfirman, “Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula [Al-Zalzalah, Ayat 7-8].
Saya cuba melihat dalam konteks kehidupan. Ia mungkin kecil tetapi mungkin signifikan.
Saya minum pagi bersama keluarga di warung Soto Kg. Jawa. Ramai orang berkata yang ia soto terbaik di Malaysia. Entah! Kalau nasi dagang tentu sekali saya boleh membuat ulasan. Kalau soto, rasanya seakan-akan sama sahaja.
Bila mahu dibayar, pelayannya memberitahu saya yang ia sudah dilunaskan.
Saya berdiri di sebuah warung membeli nasi lemak untuk seisi keluarga. Bungkus. Seorang hamba Allah terus membayar harga makanan tersebut. Bersungguh-sungguh saya menolak dan mahu membayar kembali. Kata beliau, “saya sudah berniat untuk belanja prof”.
Ketika berurusan di bank, petugas melambai-lambaikan tangannya. Beliau mahu saya ke hadapan. Beliau mahu membantu menyelesaikan urusan. Saya menolak atas alasan yang saya tidak mahu bersegera.
Dalam konteks yang lain, seorang profesor bertanya, “Kamil, bagaimana kamu menilai ……”. Ia soalan yang kelihatan mudah tetapi gagal dijawab oleh saya selepas sesi pembentangan pra Viva PhD. Besoknya beliau membawa artikel yang berkaitan ke bilik saya.
Seorang rakan PhD telah menyusun alamat web-site berkaitan dengan pelbagai pengetahuan untuk keperluan pengajian. Seorang teman yang lain meminta bantuan beliau. Jawapannya, “aku lakukan ini selama enam bulan. Ia tidak terlalu mudah untuk diberikan kepada sesiapa”.
Isunya mudah. Beliau tidak akan rugi apa-apa jika alamat tersebut diberikan kepada peminta. Cuma, ia membantu tempoh pencarian yang telah dilakukan oleh beliau selama enam bulan. Alahai…. “aku susah, engkaupun kena mengalami kesusahan tersebut!”
Susah dan mudah adalah milik Allah.
Saturday, 13 February 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment