Saturday, 4 February 2012

fokus adalah menjadi manusia lebih baik



banyak pengajaran nya .. bacalah......



source




Berdakwah harus bermula dengan diri sendiri. Kemudian keluarga dan saudara mara yang hampir. Jika ada kekuatan, pergilah kepada masyarakat dan seterusnya kepada yang lain.

Seorang teman pensyarah bertanya, “prof, saya mahu berdakwah. Bagaimana mahu saya lakukan?”.

Jawab saya mudah. Pertama, “jaga solat berjemaah. Bagaimana kita mahu mengajak orang solat berjemaah jika kita sendiri sukar melakukannya. Orang berilmu boleh bercakap-cakap tentang kepentingan solat berjemaah tetapi ia tidak akan berkesan selagi kita sendiri tidak melakukannya”.

Kedua, “bangun solat malam. Itulah kekuatan untuk berdakwah. Ia bermula pada diri sendiri, ahli keluarga, anak-anak murid dan masyarakat”.

Jika Madinah dan Malaysia sama sahaja, maka tidak perlu berkata “kenapa tidak?” mahu kekal di Malaysia.

Sebenarnya jika kita bertanya “kenapa tidak?” maka ia sangat elok ditanya kepada diri sendiri. Kita bertanya, kita jawab dan kita amalkan. InsyaAllah kita menjadi manusia yang lebih baik.

Banyak ketikanya ketika kita bertanya “kenapa tidak” sangat-sangat tidak relevan. Banyak masanya ia tidak pun merupakan suatu pilihan. Berdiam diri lebi baik.

Kenapa saya di Madinah?

Kami – saya dan Roza – selalu menyebut keinginan untuk tinggal di Tanah Haram dan Allah makbulkan. Kami manusia yang sangat fakir, tidak berilmu dan serba kekurangan. Niat kami satu, mahu membersihkan diri terutamanya hati dan perasaan.

Biarlah pada penghujung sisa-sisa kehidupan ini dihabiskan dalam susana yang kami fikir boleh membantu. Saya tidak fikir yang saya bertahan lama di dunia ini. Namun di mana tempat Allah mahu memanggil pulang, terserahlah. Dia lebih mengetahui perkara yang ghaib. Cukuplah saya memikirkan “pertarungan dunia” secara berlebih-lebihan.

Itu juga bergantung kepada apa yang Allah anugerahkan terhadap kami.

Di sini saya masih memberi ilmu di Universiti Taibah. Sedikit pun tidak berbeza dengan apa yang saya lakukan di Malaysia.

Di sini saya belajar menahan diri daripada pelbagai sifat yang boleh merosakkan jiwa. Saya tidak mahu meninggi suara, tidak perlu bertengkar dan tidak perlu membanding-bandingkan dengan orang lain.

Saya hanya mencari keredhaanNya. Itu sahaja!

No comments: