Saturday, 4 February 2012

Sealim manapun akhlak, bukanlah ulama jika takbur dan riya’.





Segagah manapun diri,
bukanlah pahlawan jika nafsu tak dapat dilawan.
Setinggi manapun darjat,
bukanlah mulia jika tiada iman di dada.
Walau setinggi langitpun ilmu,
bukanlah bijaksana jika tak diamal dan diguna.
Sealim manapun akhlak,
bukanlah ulama jika takbur dan riya’.

Perlu diingatkan bahawa segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja.Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan. Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya. Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya.


sumber

http://ahmadzaki.wordpress.com/amalan-pilihan/


Untuk mendapatkan zuriat, pangkat, rezeki, melepaskan hutang, hajat, kekuatan zahir & batin, dan sebagainya wiridkanlah surah ini sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh. Sebaik-baiknya diamalkan selama 40 hari. Insya-Allah berhasil.

Untuk Murah Rezeki, bacalah Surah Al-Fatihah 7 kali, Surah Al-Ikhlas 7 kali, Surah Al-Falaq 7 kali dan surah An-Nas 7 kali selepas solat fardhu jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya-Allah di ampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan aman sehingga jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga Insya-Allah.

Untuk pendinding ketika tidur, bacalah bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan surah An-Nas 1 kali sebelum tidur. Insya-Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.

Sumber: Khasiat dan Fadhilat Ayat-ayat Al-Quran, oleh Abu Al-Baqir Al-Burhami, Terbitan Al-Baqir Enterprise.

No comments: