Friday, 3 February 2012

seorang jururunding motivasi berkelulusan PhD yang berjaya menghasilkan sebuah buku best seller berkenaan petua mengatasi kesedihan dan kekecewaan



Inilah dilema Burke Ryan, seorang jururunding motivasi berkelulusan PhD yang berjaya menghasilkan sebuah buku best seller berkenaan petua mengatasi kesedihan dan kekecewaan akibat kehilangan insan tersayang. Burke menulis buku itu sebagai rakaman usaha dirinya untuk bangkit daripada kesedihan akibat kematian isterinya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Beliau menyuntik inspirasi kepada orang lain yang menempuh pengalaman-pengalaman yang pahit sepertinya. Mereka diajak melepaskan diri daripada kekecewaan dan ketakutan yang semua itu bukan mewakili realiti semasa, tetapi hanya situasi minda yang membelenggu.

Ramai yang beroleh inspirasi.

Namun Burke Ryan terperangkap di dalam dilemanya yang tersendiri.



===



LOVE HAPPENS (2009), sebuah filem yang wajib ditonton oleh semua motivator bukan hanya kepada subjek utama, tetapi kepada seluruh subteks di sepanjang filem.

Komitmen kepada prinsip.

Peranan seorang Personal Assistant.

Bebanan aspek perniagaan dan desakan komersil.

Nilai-nilai kehidupan dan kekeluargaan.

Cinta.

Semuanya diadun dengan baik namun sederhana di dalam perjalanan hidup Burke Ryan tatkala berseminar di Seattle, kota yang mempunyai erti yang tersendiri buatnya.

Introspeksi diri, adalah mood saya semasa menonton filem ini.


=====


KOMITMEN KEPADA SEBUAH PRINSIP

Apa yang menjadi tumpuan filem LOVE HAPPENS ini ialah usaha seseorang itu untuk memeluk prinsip yang diajar agar kita hidup hanya dengan satu wajah. Menjadi seorang motivator memerlukan seseorang itu sentiasa optimis dan positif untuk membantu orang lain. Namun akan sampai juga kepada satu titik, bahawa kita hanya akan benar-benar berjaya membantu orang lain apabila berjaya membantu diri kita sendiri.

Dalam semua yang diceritakan di dalam sebuah buku, tersembunyi beberapa ‘missing link‘ yang disepikan demi sebuah kekuatan. Burke menyembunyikan beberapa hakikat yang menjadikannya seorang ‘hipokrit’ demi untuk tidak patah jiwa menempuh realiti. Ia memberi beliau sejumlah kekuatan. Namun tiada kekuatan yang lebih bertahan sehebat kekuatan yang terbit daripada sebuah kejujuran.

Sebelum berusaha untuk jujur kepada orang lain, seseorang itu, terutamanya seorang motivator, mesti berusaha untuk jujur kepada hakikat diri.

No comments: