Saturday, 4 February 2012

Motivasi Kejayaan : Ahmad Fadzli Yusof

Motivasi Kejayaan : Ahmad Fadzli Yusof





http://kuasamotivasi.com/?page_id=4




Hj Fadzli Yusof merupakan seorang Professional Trainer & Speaker yang menumpukan komitmennya dalam bidang pembangunan diri dan organisasi. Beliau adalah Principal Trainer di Global Genius Consultant Sdn Bhd (Untuk latihan korporat & profesional), dan RK Training & Management (Untuk Latihan Pelajar, Belia dan Remaja). Berikut adalah beberapa profil profesional beliau:

Certified NLP Profesional Trainer National Federation of NLP (NFNLP) yang berpusat di Florida, Amerika Syarikat.
NLP Coach dan NLP Master Practitioner (NFNLP, Florida)
Certified Profesional Trainer oleh Perbadanan Sumber Manusia Berhad (PSMB/HRDF) di bawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Ijazah Sarjana muda dari Universiti Islam Antarabangsa dan kemudiannya menyambung di peringkat sarjana (master) di universiti yang sama. Sekarang, beliau dalam proses menyambung pengajiannya ke peringkat PhD.
Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dan pensyarah IPTA.
Setiausaha Agung Pertubuhan Perunding Latihan dan Motivasi Muslim Malaysia / Trainer & Motivator Islam Nasional (TAMRIN) yang pertama (2009-2011).


• Sudah menghasilkan lebih 25 tajuk buku berkaitan bina insan dan pembangunan diri. Beberapa tajuk menjadi bestseller di pasaran (Carta buku di MPH Bookstores, Popular Bookstores, dan Resensi RTM).

• Antara judul buku: Mengurus Kerja dan Waktu (Hanya Orang Sibuk Yang Ada Masa), Mengurus Kerja Berpasukan, 55 Petua Orang Berjaya, 55 Petua Kerja Berpasukan, 55 Petua Seronok Bekerja (Bersama Motivator terkenal- Datuk Dr Fadzilah Kamsah), Resipi Kejayaan untuk Pekerja Cemerlang, dan Resipi Kejayaan untuk Eksekutif.

• Buku Kuasa Hijrah Kuasa Untuk Berubah telah memenangi Anugerah Pilihan Pembaca 2008 oleh Berita Harian-Popular Bookstores.

• Bukunya telah terjual lebih 100,000 naskhah di pasaran.

• Telah berkongsi idea sukses dengan puluhan ribu yang pernah mengikuti ceramah dan program kendaliannya.

• Buku Mengurus Kerja dan Waktu dijadikan bahan rujukan untuk Ujian Penilaian Tahap Kecekapan (PTK).

• Seorang Certified NLP Practitioner dan mendapat tauliah daripada National Federation of Neuro Linguistic Programming yang berpusat di California, Amerika Syarikat.

• Sedang menyiapkan kajian PhD dalam bidang pembangunan insan.

• Pernah menjadi kolumnis majalah Dewan Siswa dan Mingguan Wanita. Sekarang mengendalikan ruangan Tip Pelajar dan Soal Jawab Kepimpinan dalam majalah e-Siswa terbitan Karangkraf dalam Panduan Pelajar dan Soaljawab Kepimpinan Pelajar.

• Pernah terpilih sebagai personaliti pilihan untuk Majalah i, Anis, Pa & Ma, Mingguan Wanita, Nur dan Berita Harian.

• Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya, dan tenaga akademik di IPTA.

• Beliau mempunyai pengalaman sebagai pengacara dan penyampai media elektronik. Beliau pernah mengendalikan rancangan TV dan radio seperti Ramadhan al Mubarak, Hiwar, hingga ke Majlis Tilawah al Quran peringkat antarabangsa.

==========





Motivasi Kejayaan : Ahmad Fadzli Yusof

1 comment:

rpremkumar2u said...

Tesla was of exacting disposition that if one knew energy, frequency and vibration, then one could understand the Universe.