Sunday, 22 November 2009

ask yourself why are you writing? me to study



writing = penulisan.

writing starts here. Why writing? part of my study process.


found nice n interesting article on writing here...

best esp on why writing...


sedutan akhir lagi best


=====


Mengapa kau menulis?

oleh ZulYunus



Penulisan merupakan satu senjata yang sangat mahal harganya, mungkin jua tak ternilai. Terlalu banyak yang bisa ditulis dan bisa difahami daripada penulisan. Kebelakangan ini, penulis-penulis muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Mereka (termasuk saya) menggunakan blog sebagai sarana yang paling mudah untuk melontarkan idea melalui penulisan. Persoalannya…mengapa? Apakah ini satu gelombang yang sekadar memenuhi tuntutan zaman blogging ataupun ia suatu keharusan yang nantinya bakal membawa impak besar kepada Umat ini? Itulah yang cuba saya rungkaikan melalui penulisan kali ini. Anda diminta berfikir sejenak setelah habis membaca artikel ini.



Orientasi Amal


Ramai orang yang boleh menulis dengan baik tentang kebaikan. Namun kita seringkali lupa bahawa kita akan dituntut untuk melakukannya. Ya! Orientasi amal. Seharusnya setiap penulis menjadikan keghairahannya menulis dan menyampaikan mesej seiring dengan keghairahannya beramal dengan setiap apa yang ditulis. Jika tidak, kita bakal mengembangkan budaya hipokritisme. Di sana sini sibuk berbicara tentang teori-teori besar dan hebat, namun realitinya jauh berbeza. Kehidupan sendiri tidak dinilai dan disesuaikan dengan apa yang telah ditulis. Pahrol Mohd Juoi mengungkap dalam majalah Solusi tentang peri pentingnya integriti antara apa yang kita keluarkan dan apa yang kita buat. Antara percakapan (yang disalurkan dalam penulisan) dan perbuatan. Manusia sentiasa percaya kepada matanya lebih daripada percayanya kepada telinganya. Ertinya amal kita akan diperhatikan dan dinilai dengan apa yang kita ungkapkan. Jika tidak sepadan, kita telah membuktikan akan hilangnya integriti antara amal dan percakapan. Allah terlebih dahulu menggariskan tentang situasi ini:


“Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu melupakan dirimu sendiri, padahal kamu mebaca Kitab (Taurat)? Tidakkah kamu mengerti?” (Al-Baqarah, 2: 44)


Dalam ayat di atas Allah menempelak Bani Israel kerana mereka menyuruh orang berbuat baik dan melupakan diri sendiri. Buat Orang beriman juga dipesan perkara yang serupa:


“Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Sangatlah dibenci disisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan” (As-Saff, 61: 2-3)




Rujukan dan petikan


Dalam menulis, kita kadangkala akan memetik kata-kata orang lain bagi menguatkan hujah atau pendapat kita mengenai sesuatu perkara. Petiklah mutiara-mutiara bernilai yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadith supaya penulisan kita menjadi hidup dan berkesan mudah-mudahan. Seringkali kita suka berbangga dengan petikan-petikan yang lain yang bagi kita mempunyai elemen keunikan yang tinggi. Tidak ada masalah, cuma jangan sampai kita mengagung-agungkan teori daripada orang lain sehingga melupakan Al-Quran dan Hadith sebagai dasar panduan kehidupan. Maka nanti kita mungkin menjadi agen penyebar fahaman barat dan orientalis yang memukau pembaca namun kosong daripada ruh Iman dan Islam. Maka pemikiran kita tidak lagi dibentuk oleh Al-Quran dan Hadith. Begitu juga amat baik sekali jika kita dapat memetik kata-kata ulama’ dan para sahabat yang pastinya bernilai besar dalam diri seorang mukmin dan manusia secara amnya.


Ikhlaskan niat



Jangan sampai kita termotivasi untuk menulis kerana asyiknya dengan pujian orang ramai tentang kehebatan dan keberkesanan penulisan kita. Tatkala orang ramai sudah mula tidak mempedulikan kita lagi, kita lantas berhenti. Na’udzubillah. Jadilah orang yang teguh dan istiqamah dalam menyebarkan mesej kebaikan dan kebenaran. Ikhlaslah yang akan memastikan kita tidak terhenti baik dengan atau tanpa pujian orang. Memang tidak dapat elak timbulnya perasaan ria’, ‘ujub dab sum’ah tatkala kita menulis. Namun, lawanlah dan berusahalah mengembalikan niat kerana Allah. Mudah-mudahan penulisan kita masuk terus ke hati pembaca dan membawa gelombang perubahan yang besar dalam Umat ini.


Menulislah…dan bersabarlah dalam menulis dan menyampaikan.

No comments: