adik nak menunaikan haji....
Labbaik Allah Humma Labbaik - Haj Nasyid Raihan with lyrics
tebaca tip ini.....
====
source :
http://alihassan-4004.blogspot.com/2009/10/tip-tip-haji.html
Semasa berhenti minum aku dapat tip-tip untuk menunaikan fardu haji dari Haji Yassin (seorang kariah surau). Yang aku tahu Hj yassin hanya amil tapi tak tahu bahawa beliau merupakan salah seorang petugas semasa musim haji (kini tak lagi kerana dah berusia).
Antara tip-tip dari Hj Yassin
1. Biasakan diri dengan amalan sunat dari sekarang, supaya kita dah biasa ditanah suci kelak
2. INGAT , ini mungkin haji pertama dan terakhir kita , oleh itu jangan sia-sia peluang ini. Kita adalah insan terpilih diantara 2 billion umat Islam untuk tunai haji tahun ini.
3. Kita dah habis duit, buang masa dan tinggalkan yang tersayang jika tak dapat buat yang terbaik. Oleh itu jangan habiskan masa dengan tidur dan shopping. Ingat tujuan kita ke tanah suci.
4. Jangan mudah terikut dengan jemaah haji negara lain. Jumlah jemaah haji kita hanya 27K ,tenggelam dengan jumlah jemaah haji Indon yang 300K.
5.Jika tak tahu atau tak faham jangan tanya sebarangan, tanya dengan guru-guru agama yang dilantik Tabung haji. Banyak fatwa-fatwa baru muncul dari mereka yang tak faham.
6. Tugas kita di Tanah suci hanya:
A) Beribadat - sebanyak mungkin
B) Makan - untuk dapat tenaga untuk beribadat
C) Tidur - untuk dapatkan kerehatan (tapi bukan terlalu banyak tidur)
D) Berak - untuk keselesaan (hak tubuh)
7. Ajar isteri untuk pergi dan balik sendiri ke Masjidilharam. Ini kerana bila waktu sembayang kita tak boleh bersama. Banyak kejadian isteri yang tak jumpa jalan pulang kehotel.
8. Jangan cuba untuk bergerak sendiri (berjalan kaki) kerana kita tak faham keadaan disana dan jumlah manusia seramai 4 ke 5 juta boleh menakibatkan kita sesat. Banyak kes tersebut.
Terima kasih buat Hj Yassin kerana sudi berkongsi pengalaman beliau bertugas sebagai petugas haji semasa muda. Semuga pengalaman beliau dapat aku jadikan panduan. Terima kasih Allah , terima kasih Hj Yassin.
Thursday, 5 November 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment