Monday, 2 November 2009

Dia Murobbi




i like this and question for me is to answer


murobbi = pendidik ???

source

http://paa-dontlosegrip.blogspot.com/2009/07/dia-murobbi.html





===



Dia Murobbi


Terus berlari bersama panji-panji
Kakinya tegak berdiri
Tegar bertapak mati
Di bumi Sang Khaliq
Membawa risalah suci
Meniup seruan Rabbani

Kagumku pada bunga-bunga semangatnya
Dari tiada kepada ada
Di tangannya usaha bermula
Dengan tangannya usaha terus berganda
Lalu jalan yang dulu kelam kembali bercahaya

Tidak pernah terfikir aku
Akan wujud manusia sebegini
Yang berfikir untuk orang lain
melebihi keperluan diri
Ingin sekali ku jejaki
Kemana sebenarnya tujuan hamba ini?
Rupanya dia pencari syurgawi

Dahulu risalahnya tidak ku fahami
Jauh sekali cuba mengerti
Lebih jauh lagi untuk mendekati
Aku memilih untuk menjauhinya
Rupanya aku termasuk dalam doanya

Ya Tuhan, manusia apa ini
Yang berjihad tanpa henti
Menyesal tiada bertepi
Menyeru tanpa sepi

Dia Murobbi
Ku doakan buatMu
Keampunan dari Ilahi
Kesucian hati yang segar menyinari
Kekuatan dan ketabahan para sufi
Keikhlasan dan ihsan para nabi
Kebaikan akhirat jua duniawi

Pesanku buatmu sang murobbi
Jangan persia kesedaran yang diberi
Kuatkan tekad teruskan melangkah
Ditanganmu terletak amanah
Hadiah dari Yang Maha Megah

Maka dengan itu janganlah kau berhenti
mencari untuk memberi
Gagahkanlah tanganmu menjulang panji-panji
Andai kau berseorangan jangan sekali gentar di hati
Eratkan jari-jarimu Ya Murabbi
Biar putus bergelantungan jemarimu dicantas
Sambutlah dengan sisa tanganmu yang tinggal
Biar rabak jantungmu dipanah
Sambutlah dengan kalimah syahadah

Izinkanlah aku menghantarmu ke medan itu
Izinkan aku menyiapkan bekalan untukmu
Izinkan aku menyediakan anak panahmu
Izinkan aku mengesat peluhmu
Izinkanlah wahai murobbiku

Terima kasih kerana mendidikku

No comments: